Home » , » 'Dia pun inginkan teman hidup' - Aiman Tino sah bernikah Khamis ini

'Dia pun inginkan teman hidup' - Aiman Tino sah bernikah Khamis ini

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments



Penyanyi Aiman Tino dilaporkan akan bernikah pada Khamis ini dengan bakal isterinya, Syarah Haifa. 


Perkara itu disahkan oleh bapanya, Yusri Ishak dan majlis tersebut akan diuruskan sepenuhnya oleh penjaga yang juga pengendali acara. 


Majlis akad nikah dijadualkan berlangsung selepas selesai solat Asar, jam 5.30 petang di Segambut. 


"Semuanya diuruskan oleh pihak penaja. Aiman kata, keluarga datang sahaja nanti dan menikmati majlis hari bahagia ini," katanya memetik laporan daripada Harian Metro, 24 April 2023. 


Menurut Yusri, rasa teruja itu mungkin ada tetapi disebabkan sudah terbiasa kerana mereka bakal menerima menantu ketiga dalam keluarga. Bagi Yusri, apa yang penting adalah Aiman suka pada jodoh pilihannya sendri. 


"Pokok pangkal adalah dia sendiri. Kalau umur dia 23 tahun pun dan dia rasa dah bersedia untuk berumah tangga, teruskan. Kalau umur dia dah 27 tahun pun, tapi belum bersedia tak jadi juga. 


"Saya yakin Aiman sendiri pun tahu mengenai komitmen barunya ini dan mungkin sudah tiba masanya untuk ada orang jaga makan minum serta pakaiannya. Dia pun inginkan teman hidup," katanya. 


Majlis resepsi pasangan itu juga akan berlangsung pada 6 Mei ini di Shah Alam. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/A1JiRrK
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger