Seorang wanita yang gagal mengawal diri bertindak memarahi pekerja stesen minyak hanya kerana tandas yang disediakan tidak mempunyai bekalan air, sekali gus menyukarkan dia melepaskan hajat yang sudah lama terpendam.
Video berdurasi 2 minit 20 saat itu dimulakan dengan jeritan (tidak diketahui siapa) sebelum keadaan kembali tenang.
"Bukan masalah saya kalau hang (awak) tak rehat. Someone kena manage la toilet tu. Nak kena panggil pula orang sebelah. Ha orang sebelah boleh tak tolong beritahu kereta Myvi colour biru RS suruh beli air sebab toilet ini tak ada air?" katanya.
Difahamkan, pengadu bersama suaminya yang memandu kereta Perodua Myvi 'RS' berhenti di stesen minyak Shell Taman Larah kerana pengadu mengalami sakit perut.
"Dah aku sakit perut sangat, aku masuk, aku melepas la terus. Tetiba tak settle lagi nak buka air, air takdak weh.
"Nasib baik sebelah aku ada orang masuk. So aku panggillah dia macam aku cerita tu.
"Adik aku dah beli mineral, aku settle (berak), aku pergi cashier terus, memang aku marah sungguh. Aku suruh panggil manager, tak dipanggil. Tak ada maaf pun.
"Memang aku jerit sebab semua (pekerja) buat bodoh. Masa aku masuk, ada lima orang termasuk pakcik (maybe boss). Takkan seorang pun tak pergi check toilet?" katanya.
Pengadu meminta wangnya membeli dua botol mineral itu juga dikembalikan. Namun, juruwang tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu (rujuk video minit ke 0:57) sebelum dipertikaikan oleh pengadu yang membuatkan juruwang itu hilang kesabaran dan menjerit kepadanya.
"Aku minta (kembalikan) RM6.20 je, duit mineral yang aku beli tu. Depa kalut dengan short depa. Hampa dengar depa cakap pasai short.
"Aku tak mau pun RM6.20 tu tetapi itulah aku sungguh-sungguh sakit hati. Malu lagi semua ada. Memang sakit hati sungguh," ujarnya.
Enggan memanjangkan hal itu, juruwang berkenaan diarah memulangkan RM6.20 tersebut dan dalam masa sama kedengaran pekerja premis menjelaskan premis mereka sudah beberapa hari tidak mempunyai bekalan air.
"Sampai ke akhir tak ada minta maaf. Last sekali cashier yang kurus tu nak ganti air dua botol. Bad service sangat, siap jerit sebab tak rehat," katanya.
Akak ni kata, dia terpaksa beli 2 botol air mineral besar untuk mencuci. Kemudian tuntut balik RM6.20. Pastu kata tak mau pulak RM6.20 tu. Eh pening jap. 😓https://t.co/bRYBqUFj7V pic.twitter.com/Ii03RB6sAC
— The Reporter (@thereportermy) April 26, 2023
Semakan di TikTok mendapati, video tersebut telah disorok oleh pengadu dan namun sempat dimuat turun dan kini tular di laman Twitter.
Netizen berpendapat pengadu tidak sepatutnya menularkan video tersebut yang jelas tiada keperluan kerana ia perkara kecil dan remeh. Setidak-tidaknya hanya memberi teguran kepada pihak premis untuk menyediakan bekalan air bagi memudahkan pengguna.
"Apa benda ni? Dia berak, pastu air tak ada. Pastu dia beli air, pastu dia rakam dan tularkan cerita yang memalukan diri sendiri. Kicik punya hal mau ribut-ribut,' kata Cloud.
"Aku ni pergi mana-mana tandas awam memang wajib buka paip dulu. Tak kisahlah dah hujung-hujung yang macam nak tercabut bulu roma kau pun still akan check paip dulu. Tapi itulah orang zaman sekarang selagi boleh rekod, rekod sampai mampos. Bawahlah video itu sampai ke liang lahad," kata Wan.
"Lain kali sebelum berak, check air. Jangan lupa bawa phone. Also you can talk nicely inform to the staff yang air tak ada. Tak perlu jerit-jerit. Kau yang cari pasal menjerit-jerit pastu kau pula yang malu? Apa punya perangai kepala dongga la, bising!" kata De Cyrone.
Sumber: Twitter Oh! Media
from The Reporter https://ift.tt/LZ4zkfG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment