Nama Ryan Bakery sudah tidak asing lagi. Pempengaruh terkenal ini bukan sahaja mula mendapat tempat di hati pengikutnya,malah mula diintai oleh syarikat-syarikat besar untuk pengiklanan.
Baru-baru ini dilihat Ryan Bakery muncul di dalam iklan syarikat gergasi besar iaitu Petronas. Iklan yang diberi nama Rancakkan Raya itu menampilkan Ryan menyanyi sambil mempromosikan perbelanjaan di kedai Mesra Petronas.
Namun begitu, di sebalik iklan tersebut, ada pendapat yang mengatakan Ryan seperti tidak sepatutnya diambil sebagai talent dalam iklan tersebut.
"Saya punya pendapat, iklan komersil daripada syarikat gergasi macam ni sewajarnya ambil wajah yang lebih tampan, " tulis pengguna Twitter berkenaan.
Hantaran tersebut dipersetujui oleh beberapa netizen yang mendakwa masih ramai lagi pempengaruh atau selebriti di luar sana yang lebih memiliki kriteria yang sepatutnya.
"Saya amatlah bersetuju dengan akak ni. Ramai lagi influencers yang boleh dicari, payment bukan masalah. Ya, tahu die hard fans akan kecam tapi tolong terima realiti," kata Alief.
"Maksud akak ni is more marketable and averts type of face. Bukan semua muka boleh masuk billboard, certain talent memang tempat dia for certain medium. Ambiklah yang suits for tvads, newspaper, mags. This is literally my first reaction juga bila nampak Ryan Bakery dekat Petronas ads," tulis Izzy pula.
Tetapi, ada juga juga yang tidak menyokong kenyataan wanita itu dan menyatakan itu mungkin salah satu langkah pemasaran yang bijak.
"I think its a smart marketing decision. Iklan Petronas bukan nak promote beauty product so why bother nak please the beauty standard. Most likely they just want to appeal and be more relatable to the local masses. I think thier ads with him is kinda fresh and lighthearted," tulis Intan.
Ada juga yang memberikan persamaan dengan jenama antarabangsa yang sendiri menggunakan pempengaruh terkenal tanpa mengira faktor paras rupa.
"Syarikat besar macam Boss pun sign contract dengan Khabby. Diorang nak guna influencer yang orang tu ada kot berbanding muka yang lebih kacak tapi tak boleh tarik orang untuk beli," kata Mak.
Sumber: Twitter
from The Reporter https://ift.tt/oNRC8Sp
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment