Pelakon Diana Danielle mengakui terkejut dengan tindakan suaminya, Farid Kamil yang mendedahkan kepada umum mengenai empat tawaran bernilai lebih RM300,000 itu.
Bagi Diana, tindakan Farid seolah-olah menunjukkan kepada orang ramai kononnya dia wanita materialistik. Sedangkan dia bukannya begitu.
Menerusi peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Diana menolak tawaran itu yang sedikit pun tidak mengoyahkan pendiriannya untuk meneruskan permohonan perceraian mereka.
"Hakikatnya Diana terkejut dan tertanya-tanya motif Farid berbuat demikian terutama mendedahkan perkara itu kepada umum.
"Farid buat tawaran itu supaya Diana kembali, seolah-olah dengan memberikan duit, baru Diana akan kembali ke pangkuannya. Dia bukan jenis gilakan duit.
"Apabila Farid berkongsi perkara yang sepatutnya dimaklumkan dan dibincangkan antara peguam kepada orang luar seperti ingin tunjukkan isterinya seorang wanita materialistik," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Akberdin berkata, anak guamnya sudah nekad mahu bercerai dan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi. Walaupun selepas bercerai, Diana hanya ingin kekal berkawan dengan Farid demi anak-anak mereka.
Dalam perbincangan bersama peguam yang mewakili Farid, Datuk Akberdin memaklumkan Diana tidak menuntut apa-apa kecuali diceraikan secara baik, hak penjagaan anak-anak dan memberi nafkah kepada anak mengikut kemampuan Farid setiap bulan.
Sumber: Kosmo! Online
from The Reporter https://ift.tt/t7kvuWp
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment