Home » , » 'Nak kata duduk serumah itu jauh sekali' - Ubai nafi tinggal serumah dengan Shila Amzah

'Nak kata duduk serumah itu jauh sekali' - Ubai nafi tinggal serumah dengan Shila Amzah

shamsulazlan | 08:23 | 0 comments



Penyanyi Shila Amzah semalam memuat naik video dirinya bersama kekasihnya, Ubai, di sebuah kedai barangan kemas untuk mengambil cincin yang telah dibeli. Hal itu membuatkan netizen membuat spekulasi mereka bakal mendiri rumah tangga tidak lama lagi. 


Bagaimanapun, Ubai atau nama sebenarnya, Ubaidillah Mohd Zulkefli ketika ditanya mengenai perkara itu hanya menjawab secara berseloroh sahaja. 



"Bukan saja nasi minyak, memandangkan kita sudah dekat raya, kita baulah ketupat, rendang dan lemang," katanya. 


Tambah Ubai, hubungannya dengan Shila adalah serius dan mereka bakal melangkah ke fasa seterusnya pada bulan Ogos nanti. 


Menggulas mengenai dakwaan mereka bersekedudukan kerana sering dilihat bersama ketika membuat live di aplikasi TikTok, Ubai menafikan dakwaan tidak berasas itu. 


@shila.ubaifans_ Kita Doakan Yang Baik² 🤲🏻🥰 #fypシ #shilaamzah #ubaimz ♬ Selamanya Cinta - Shila Amzah & Alif Satar


"Sha (Shila) duduk seorang diri. Cuma kadang-kadang saya ajak kawan-kawan untuk berbuka puasa di rumahnya. Nak cakap duduk serumah itu jauh sekali. Apatah lagi, mak saya kurang sihat. Jadi fokus diberikan buat mak saya. 


"Boleh dikatakan setiap kali live TikTok, pasti ada yang mengajukan soalan sama (tinggal serumah). Kami pun dah lali dengan soalan sama. Namun kebanyakannya adalah akaun palsu. 


"Bila Sha live seorang, pasti orang tanya Ubai mana? Apabila buat bersama orang tanya pula duduk serumah ke? Sha sudah profesional kerana sudah lama berdepan isu sebegini. Cuma saya masih baru lagi," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/DGkLmuJ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger