Home » , » 'Benci giler aku kat watak Sani & mak dia!' - Netizen geram tetapi puji telefilem Anak Tuan lakonan Fasha Sandha, Azhan Rani

'Benci giler aku kat watak Sani & mak dia!' - Netizen geram tetapi puji telefilem Anak Tuan lakonan Fasha Sandha, Azhan Rani

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments



Tayangan telefilem Anak Tuan di TV3 pada malam Ahad, ternyata ditunggu oleh orang ramai, khususnya para peminat drama Melayu yang menampilkan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Azhan Rani dan Azizah Mahzan. 


Sebelum ini juga, netizen digemparkan dengan berita Fasha mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran telefilem tersebut sehingga bengkak dan berlaku pendarahan dalam matanya. 


Telefilem arahan Along Kamaludin itu mengisahkan tentang Ana (Fasha) bersama tiga anaknya yang menumpang di rumah ibu mertuanya (Azizah Mahzan) yang tidak menggemari kehadiran mereka, tetapi mempergunakan kedaifan keluarga itu untuk mendapatkan bantuan kebajikan. 


Suami Ana, Sani (Azhan Rani) pula tidak bekerja dan terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, seringkali meminta wang daripada isterinya. Jika permintaannya tidak dipenuhi, Ana dibelasah tanpa belas kasihan. 


Kemuncaknya, Ana disahkan menghidap kanser ovari, sekali gus membuatkan dia bimbang dengan masa depan anak-anaknya. Oleh kerana tiada pilihan lain, dia terpaksa meminta bantuan rakannya. Namun belum sempat berbuat demikian, Ana pergi meninggalkan anak-anaknya.



Di media sosial, netizen mengakui mereka terkesan dengan telefilem itu yang dirasakan sangat dekat dengan diri mereka dan tidak kurang juga mengakui kisah itu sebenarnya berlaku dalam dunia realiti. 


"Ada ke weh mak mertua macam tu? Allahu sedih amat. Kesian cucu-cucu. Dah la semua baik, dapat pula nenek dan ayah macam tu," kata CT. 


"Geram je tengok suaminya dan kejam betul mak mertua. Memang the best jalan ceritanya. Yang best, part anak-anaknya. Sedih pula kehilangan mak mereka. Terbaik semua pelakon," kata Azidah. 


"Sedih sangat sampai menitis air mata saya. Malu pulak anak tengok. Anak pun sama menangis. Terbaiklah drama Anak Tuan ni," kata Sharifah Omar. 


"Bengkak mata wei! Benci giler aku kat watak Sani dan mak dia. Ada ke mak mertua macam tu?!" kata Jue. 


Rata-rata menuntut kisah seperti itu diperbanyakan lagi berbanding kisah-kisah percintaan orang kaya yang tidak tercapai dek akalnya. 


"Bagus cerita isu masyarakat. Cerita macam ni yang perlu disiarkan agar menjadi pengajaran kepada masyarakat. Bukannya cerita cinta orang kaya yang kurang cerdik membuat keputusan sendiri," kata Minty.



from The Reporter https://ift.tt/d5VNRzg
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger