Hari perayaan sepatutnya disambut bersama ahli keluarga terutama ibu bapa yang berada di kampung, sentiasa menanti kepulangan anak-anak merantau di kota. Tetapi tidak semua ibu bapa yang dapat merasai kebahagian itu bila mana anak lebih sanggup membuang mereka dari menjadi sebahagian kenangan.
Seorang jururawat bernama Harnisah Nisa baru-baru ini berkongsi mengenai kejadian yang berlaku di tempat kerjanya.
Menurut laporan Kosmo! Online, jururawat berkenaan terdengar perbualan antara waris dengan seorang doktor.
Anak Derhaka: "Doktor tulis sahaja sakit apa pun, janji dia (mak) boleh masuk wad."
Doktor: "Mana boleh macam tu, mak cik sihat, cuma dah lama kena 'stroke' kan.
Anak Derhaka: "Bolehlah doktor. Esok dah nak raya, kami nak berjalan. Susahlah kalau bawa (mak) sekali dengan kerusi roda. Kalau dia masuk wad, ada orang jaga. Seminggu sahaja doktor".
Bagi Harnisah, tindakan lelaki itu jelas sekali mementingkan diri. Hanya kerana mahu menyambut hari raya dengan tenang, dia sanggup meninggalkan ibunya di bawah jagaan orang lain. Lebih teruk lagi, lelaki itu menganggap hospital sebagai tempat pembuangan warga tua.
"Sanggup minta (mak) dimasukkan ke wad semata-mata nak senang beraya. Ladang pahala di depan mata, bertukar menjadi ladang dosa.
"18 tahun menjadi seketul misi di Unit Rawatan Rapi (ICU), inilah sketsa tahunan setiap kali lebaran. Selagi ada mak ayah, jagalah sebaik mungkin," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2HGgsjk
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment