Home » , » 'Air dalam badan mengering, paru-paru mengecut' - Lagi kanak-kanak meninggal dunia akibat strok haba

'Air dalam badan mengering, paru-paru mengecut' - Lagi kanak-kanak meninggal dunia akibat strok haba

shamsulazlan | 18:23 | 0 comments



Semalam negara dikejutkan dengan pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun akibat strok haba dan dehidrasi. 


Pada hari yang sama, Berita Harian melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah dari Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan, meninggal dunia pada Selasa lalu, dipercayai akibat mengalami strok haba. 


Menurut bapanya, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, anak tunggalnya, Nur Imani, seminggu sebelum kejadian mengalami batuk dan muntah-muntah. 


Bimbang melihat keadaan mangsa, pasangan suami isteri itu terus membawa anak mereka ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin lalu sebelum diberi ubat dan membenarkan anak mereka pulang ke rumah. 


Bagaimanapun, keadaan Nur Imani dikatakan semakin teruk sehinggalah jam 7.20 pagi Selasa, dia disahkan meninggal dunia. 


Keputusan bedah siasat yang dilakukan mendapati, punca kematian Nur Imani adalah disebabkan strok haba di mana air dalam badannya telah mengering dan paru-paru pula sudah mengecut. 


Sejak beberapa hari lalu, Malaysia mengalami cuaca panas yang agak tinggi di atas 34 darjah celsius di mana suhu sedemikian boleh menyebabkan masalah kesihatan. 


Pakar kesihatan telah mengeluarkan peringatan dan nasihat kepada orang ramai untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah dan memperbanyakan minum air kosong.


Sumber: Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/kAyq78O
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger