Home » , » 'Air mata mengalir tak berhenti...' - Nurul Shuhada sahkan dirinya hamil 10 minggu

'Air mata mengalir tak berhenti...' - Nurul Shuhada sahkan dirinya hamil 10 minggu

shamsulazlan | 10:51 | 0 comments



Sejam yang lalu, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengesahkan dirinya hamil 10 minggu menerusi hantaran di Instagramnya. 


Menurut Shuhada, dia sudah cuba untuk kuatkan diri menghadapi segala dugaan yang mendatang pada waktu ini sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan.




Di fasa awal kandungan ini, Shuhada tidak digalakkan untuk mengambil sebarang ubat-ubatan bagi mengurangkan tekanan, kerana bimbang kesan ubat tersebut akan memberi kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan. 


Oleh kerana tiada pilihan, Shuhada terpaksa berjuang menghadapi tekanan itu tanpa ubat. Namun kes ibu berpantang yang ditemui mati dengan leher ditusuk pisau sedikit sebanyak membimbangkannya. 


"...ada baca tadi kes mak berpantang yang tikam leher sendiri sebab tertekan. Saya betul-betul takut, tanya diri sendiri mampu ke menghadapi perjalanan ini," katanya. 



Walau bagaimanapun, Shuhada bersyukur ada ramai insan yang baik tampil membantunya dan berharap dirinya terus bertabah menghadapi segala ujian yang diberi. 


Di ruangan komen, netizen yang mengikuti kes rumah tangga pasangan ini juga mendoakan Shuhada diberikan kekuatan, dipermudahkan urusan, keadilan, ketenangan dan kebahagiaan. 


Sumber: Instagram Nurul Shuhada



from The Reporter https://ift.tt/fzMXiqn
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger