Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan suaminya, Syamsul Yusof, enggan melafazkan cerai terhadapnya seperti yang dituntut hanya kerana dia enggan menarik balik saman terhadap keluarga Ira Kazar. Selain itu, ibu kepada dua anak itu mendakwa Syamsul meminta diskaun bagi tuntutan nafkah anak-anaknya.
Puteri Sarah menegaskan dia tidak akan sesekali manarik balik kes dan tetap nekad meneruskan walaupun sedar perkara itu akan mengambil masa lama.
"Saya takkan tarik kes! Saya akan teruskan. Kalau panjang, panjanglah.
"Tempoh hari, kami dah cakap kata persetujuan. Tapi ada beberapa perkara yang saya tak berseutju. Antaranya mereka meminta saya menarik balik kes saman yang saya failkan terhadap keluarga Ira Kazar. Syaratnya, kalau saya nak dilepaskan, saya kena tarik kes itu dan saya takkan tarik.
"Kedua, dia minta diskaun untuk tuntutan nafkah anak. Anak-anak bukan untuk didiskaunkan!" tegasnya.
Dalam kenyataan kepada media, Puteri Sarah menjelaskan dia langsung tidak menuntut harta sepencarian, tetapi hanya meminta nafkah untuk anak-anaknya.
"Saya akan berjuang demi anak-anak. Saya dah tak berjuang untuk diri sendiri lagi. Kalau untuk anak-anak pun nak minta diskaun, jadi jawapannya tidak. Saya akan berjuang tak kiralah berapa puluh tahun pun," katanya.
Ditanya sama ada dia akan menarik balik saman terhadap keluarga Ira Kazar sekiranya Syamsul membayar penuh nafkah dua anak mereka, Puteri Sarah berkata dia akan mempertimbangkan hal itu.
"Kalau dia beri bayaran penuh untuk anak-anak, saya akan pertimbangkan apa yang saya akan tarik. Tetapi bukan kesemuanya.
"Kes saya dengan Syamsul dan kes saya dengan Ira adalah dua kes berbeza. Jangan campur adukkan. Saya percaya (kalau) satu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei doakan saya dan anak-anak, insyaAllah akan dapat (hak)," katanya.
Mahkamah menetapkan 25 Mei depan untuk sebutan semula kes dan mendengar penjelasan daripada pihak Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang didakwa berlaku kecacatan dalam prosedur.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/RwthA5x
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment