Seorang bayi lelaki tercampak keluar daripada kenderaan yang dipandu bapanya (36) selepas dilanggar sebuah kenderaan lain dari arah belakang dalam kejadian jam 8.10 pagi tadi.
Ketua POlis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kemalangan itu membabitkan dua buah kenderaan masing-masing jenis Perodua Myvi di Kilometer 291.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.
Siasatan awal mendapati, Perodua Myvi yang dipandu anggota tentera berusia 22 tahun bersama empat lagi rakan sejawatnya itu melanggar bahagian belakang Perodua Myvi yang dinaiki tiga beranak berkenaan.
Impak pelanggaran itu menyebabkan kereta mereka menyusur keluar dari jalan raya berturap sebelum terbalik.
Akibat dari kejadian itu, bayi berusia dua tahun berkenaan yang ketika itu sedang duduk di pangkuan ibunya, Norfadilah Ismail, 34, di tempat duduk hadapan, tercampak keluar.
Mangsa segera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan. Setakat yang dilaporkan, belum ada sebarang laporan kecederaan serius yang dilaporkan mengenai mangsa.
Harian Metro melaporkan, ibu mangsa telah disahkan meninggal dunia, manakala bapa mangsa dan empat lagi anggota tentera terbabit berusia antara 20 hingga 22 tahun tidak mengalami kecederaan.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kampar untuk menjalani proses bedah siasat hari ini bagi mengetahui punca kematiannya.
from The Reporter https://ift.tt/mLy0cOK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment