Enggan berdiam diri dikecam pelbagai pihak, ahli perniagaan kontroversi, Aliff Syukri Kamarzaman tampil mempertahankan muzik video (MV) lagu rayanya.
Menurut Aliff, MV itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana tiada seorang pun dalam video tersebut berbogel atau beraksi seksi.
"Konsep yang diberi itu adalah daripada penata rias saya kerana dalam sebuah produksi, saya bukan kerja seorang saja. Bila tarian itu dibuat, bagi saya tiada masalah.
"Selagi baju itu tak seksi, menjolok mata, tak berbogel, tak ada isu pun. Kalau kita tengok tarian gimnasium ataupun kolam renang, ada juga kan.
"Senang cerita ia bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau rasa menjolok mata, terpulang. Bagi saya, saya tak buka aurat, tak berpegangan tangan, pakai mekap, itu hanya sekadar seni," katanya.
Aliff yang mengelar dirinya sebagai penyanyi nombor satu (self proclaimed) berkata, ramai peminat yang menunggu lagu barunya dan kali ini dia tahu apa yang perlu dipatuhi bagi memboleh lagu itu disiarkan di radio atau televisyen.
"Tolong bagi saya ruang untuk berkarya dan menghiburkan. Tolong terima saya sebagai artis. Saya yakin tiada video yang dikeluarkan akan menjolok mata.
"Saya yakin saya akan menjaga hati semua pihak terutama keluarga, isteri, anggap saja hiburan, jangan ambil serius.
'Selepas ini akan ada juga penampilan artis lain yang mencuit hati. Tapi kalau tak mahu tengok, tak payah, langkau saja, tiada paksaan," katanya.
Dalam masa sama, Aliff meminta orang ramai tidak mengganggu keluarganya meskipun terpaksa menerima segala caci maki dari netizen di media sosial.
"Terima kasih kepada yang mencerca, menghina dan ada juga memuji. Sebagai figura awam (self proclaimed), saya tak boleh halang atau lawan mereka. Cuma saya merayu satu perkara, jangan libatkan keluarga, isteri saya nak bersalin dah," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/wMi975q
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment