Selain daripada terkenal dengan produk Sambal Nyet, pempengaruh terkenal Khairul Aming ditunggu kemunculannya bila tiba bulan Ramadan. Sajian sempena bulan Ramadan yang dipertonton menarik sesiapa sahaja untuk mencubanya di rumah.
Sudah beberapa tahun Khairul Aming menyediakan hidangan 30 hari 30 resepi sambutan amat menggalakkan dan tidak pernah dikritik sebelumnya. Akan tetapi, baru-baru ini dia telah ditegur oleh seorang doktor yang mengatakan resepi Khairul Aming iaitu Sambal Hijau Bilis dan Telur Dadar mengandungi banyak minyak.
“Salam Khairul Aming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum,” tulis Dr. Rafidah Abdullah.
Khairul Aming bagaimanapun menerima teguran itu dengan hati terbuka dan tidak melatah. Malah menerima segala dengan teguran, kritikan yang diberi sebagai pandangan positif..
“Perspektif dari seorang food content creator, kita boleh tukar minyak, kita boleh tukar resepi dan kita boleh tukar bahan cuma ianya takkan sedap dari original. Itu je sebenarnya.
"Kalau kita nak sambal yang sedap, kita gunakan minyak yang banyak supaya pecah minyak. Kalau nak ayam goreng yang juicy yang crispy kena deep fry dengan minyak yang banyak. Kalau mac and cheese yang creamy you tak boleh kurangkan cheese nanti tak sedap. That is the way the food is prepared.
"Tapi sebab saya tunjuk berapa sudu kena pakai bahan-bahan semua tu, sebab saya nak tunjuk inilah realiti, cara sebenar makanan disediakan di luar sana. Kalau you guys pergi makanan di luar, tak rasa bersalah sangat.
"Actually, sama je sukatan di kedai makan cuma kita tak aware. So kalau saya ubah resepi, orang luar kat sana cuba dan tak sedap diorang maki I balik. I cannot please everyone sebab dalam Malaysia ni tak semua orang tengah nak diet nak jaga badan. Ada nak makan sedap je. Kalau you guys nak kurangkan resepi, nak kurangkan bahan, boleh ikut selera masing-masing tapi apa yang penting bila makan selalu jaga portion," katanya.
Rata-rata netizen memuji penjelasan daripada Khairul Aming yang menjawab isu tersebut dengan ara yang profesional. Selain itu netizen turut meminta Khairul Aming meneruskan apa yang dilakukannya.
Sementara itu Dr Rafidah melalui ciapannya memohon maaf kerana ramai yang telah salah anggap dengan kenyataan yang dibuat sebelumnya.
“Saya mohon maaf kerana saya nampak ramai yang salah anggap kononnya saya menuduh En. Khairul Aming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia. Dua ayat terakhir saya sepatutnya di para yang lain.
“Walaubagaimanapun, harapan saya video-video atau content mana-manna influencer ada tertera kandungan kalori.
“Saya tidak menuduh siapa pun. Kesihatan anda adalah tanggungjawab diri anda. Tapi saya perlu memberi pendapat professional saya tentang apa yang saya lihat. Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai. Terima kasih,” tulisnya.
Sumber: Dr Rafidah Abdullah, TikTok Khairul Aming
from The Reporter https://ift.tt/JBvRgHb
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment