"Hampir tiga tahun saya didera, cukup hina keluarga dan keturunan saya ya Azrul," demikian kata wanita yang menjadi mangsa dera pasangannya dalam hantaran yang dikongsi di Facebook baru-baru ini.
Menurut mangsa keganasan rumah tangga itu berkata, kejadian itu menyebabkan perkahwinannya yang dikurnia dua cahaya mata itu terpaksa ditamatkan.
Segala bahan bukti seperti gambar dan video juga disimpan, serta empat laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu. Pengadu kini nekad menuntut bekas suaminya tampil memohon maaf kepada dia dan keluarga.
"Macam mana saya perlu melutut jilat kaki Azrul dulu, macam itu saya nak Azrul minta maaf pada ibu dan keluarga saya," katanya.
Bercerita lanjut mengenai detik hitam yang dialaminya itu, pengadu mendakwa dia dilayan dengan teruk dan kerap dibelasah oleh Azrul tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan dia trauma.
"Muka saya dipijak bertubi-tubi, dibelasah sampai hilang akal seminggu. Tetapi saya masih boleh bertahan. Tetapi jangan pernah kau pijak maruah keluarga dan keturunan saya, Muhammad Azrul.
"Dua kali saya bersalin seorang diri, pantang sendiri.. rambut saya gugur pun kena marah. Uri anak tak ditanam, simpan dalam peti berminggu-minggu.
"Bila dah bercerai, handphone dirampas, duit diambil. Bila mengadu pada bekas ibu mertua dibalasnya "Memang layak pun kau kena" dan segala isi kandungan handphone saya disebarkan," katanya.
Pengadu turut berkongsi rakaman audio perbualannya bersama bekas suami yang meminta dia untuk menjual diri semata-mata untuk membayar hutangnya.
"Bukan bermaruah sangat dah pun you. You jual sajalah maruah you. You promote dekat Instagram, satu jam RM1,000. Dapat duit, bagi kat I. Apa susah?
"I nak duit, susah ke nak bagi? You miskin eh? Boyfriend you pun miskin? Cakap dekat mak you, jangan mati cepat sangat. I nak kaya, I nak campak duit dekat muka dia.
"Ke nak I call mak you minta duit? Cepatlah sebelum I pijak muka mak you. I tahulah family you, keturunan you bodoh. Janganlah jadi bodoh macam mak you," kata bekas suaminya dalam audio tersebut.
Di penghujung klip audio, lelaki itu tiba-tiba membuat permintaan yang tidak masuk akal di mana dia mahu melakukan hubungan badan dengan bekas isterinya. Tetapi pengadu enggan menuruti permintaan lelaki itu.
Kejadian yang menimpa pengadu turut mendapat perhatian bapa saudaranya yang mencabar Azrul tampil bertemu dengannya.
"Kau hina keturunan dia, kau pukul dia, kau paksa dia jual maruah, jual badan, kau hina cakap jijik dengan orang Jawa dan orang Sarawak. Mari, aku cabar kau berjumpa dengan aku bapak saudara dia yakni keturunan dia orang Sarawak," katanya.
Cubaan bapa saudara pengadu menghubungi lelaki itu bagaimanapun tidak berjaya kerana panggilannya langsung tidak dijawab.
Sementara itu netizen yang bimbang dengan keselamatan pengadu menasihatkannya meminta bantuan pihak berkuasa yang jelas sekali telah membuat ugutan terhadapnya secara terbuka.
"Ugutan jenayah telah ditafsirkan di dalam Seksyen 503 Kanun Keseksaan yang mana secara ringkasnya sebagai mengugu untuk mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan, nama baik, harta dengan niat untuk mencetuskan ketakutan kepada mangsa," kata Afzanx.
"Mamat ni sangap eh? Mula-mula minta duit, kemudian tiba-tiba minta buat seks. Kau nak menghina mak bapak orang, memang taklah orang tu nak duduk diam. Jangan sesekali tarik report, Malaysia ada undang-undang. Kenot brain dengan jantan macam ni," kata Wawa.
from The Reporter https://ift.tt/9eb2OlG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment