Home » , » Remaja umum bakal dapat anak dengan bakal isterinya berusia 76 tahun tetapi..

Remaja umum bakal dapat anak dengan bakal isterinya berusia 76 tahun tetapi..

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments



Seorang remaja lelaki membuat para pengguna media sosial terkejut dengan mendakwa dia akan menimang cahaya mata dengan pasangannya iaitu seorang wanita warga emas yang lebih 57 tahun tua daripadanya. 


Pengumuman Giuseppe D'Anna, 19, itu telah mengejutkan kira-kira 80,000 pengikutnya di Instagram selepas berkongsi video bersama tunangnya, Milina Gatta, 76 tahun. 


Dalam video itu, dia menunjuk bakal isterinya sambil memegang perut wanita berkenaan. 


Difahamkan, pasangan itu tular di media sosial pada Mei tahun lalu apabila mereka mendedahkan hubungan percintaan mereka menyebabkan ramai netizen mengambil kesempatan untuk membuat troll beramai-ramai kerana tidak dapat menerima kenyataan itu. 


Dengan pengumuman terbaharu itu, netizen sekali lagi membanjiri ruangan komen dan ramai yang mendakwa mustahil bakal isterinya itu masih boleh mengandung. 


"Mustahil untuk nenek itu hamil, sedangkan dia dah menopaus," kata seorang netizen. 


"Dia dah cukup tua untuk jadi nenek kau. Ni mesti bohong, mustahil dia boleh hamil. Ini menyeramkan," tambah netizen lain. 


"Ada wang, apa-apa saja boleh berlaku dan itu sudah terbukti," dakwa netizen yang membayangkan Giuseppe sebagai lelaki pengikis harta pasangan. 


Sementara itu netizen yang lain pula mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan. 


"Mereka pasangan yang bahagia dan mereka tak perlu membuang masa untuk beri penjelasan kepada orang yang suka mengecam," kata netizen. 


Menyedari ramai yang mengecam berbanding mengucapkan 'tahniah', Giuseppe akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar. 


Bercakap secara eksklusif kepada Jam Press, Giuseppe mengakui keseluruhan hubungan itu adalah tidak benar. Dia pada awalnya memuat naik video Milina yang merupakan neneknya hanya sekadar untuk bergurau. 


Tetapi memandangkan video itu tular di media sosial, Giuseppe mengambil keputusan untuk membiarkan dan meneruskan sahaja pembohongan itu. 


"Ya, Milina ialah nenek saya," katanya. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/oRSzek9
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger