Tular di media sosial semalam luahan ketidakpuasan hati seorang wanita terhadap pelanggan lain dalam sebuah premis yang didakwa menunjukkan reaksi kurang selesa dengan suasana bising yang ditimbulkan oleh anak-anaknya.
Bagi Ayu, pelanggan lain sepatutnya memahami situasi ibu bapa yang membawa anak-anak ke tempat makan dan tambahan pula kanak-kanak masih belum mengerti sepenuhnya tentang adab berada di luar rumah.
Difahamkan Ayu bersama dengan adik dan anak-anak mereka terpaksa keluar dan duduk di dalam kereta sementara menunggu ahli keluarga yang lain selesai makan di premis tersebut.
"Kitorang tengah menunggu dalam kereta, sementara kitorang punya group tak siap makan lagi disebabkan... Okay, aku macam nak ulas sikit la benda ni.
"Kalau korang pergi makan di kedai makan, ada anak kecik menangis ke apa, please la tak payah nak pandang serong ke apa. Kalau korang tak suka dengan suasana bising macam tu, boleh tak korang makan kat rumah je?
"Macam aku ni ada anak kecik dan anak saudara aku. Biasalah budak bila dah siap makan, dah tak ada benda nak main, diorang macam 'hu ha hu ha'. Sekali anak aku menangis, dia (pelanggan lain) pandang ke belakang, tunjuk muka tak puas hati," katanya.
"360 darjah pusing, macam ni, haaaaaaaaaaaaa gitu!" kata adiknya menyampuk dari belakang.
"Kalau korang rasa tak suka dengan suasana macam ni, apa kata korang bungkus dan makan kat rumah je? Aku just nak cakap je, tak perlu kot setiap kali anak orang berbunyi korang pandang macam tu," ujarnya.
@cikguayu_imtecer common sense la sikit yer.... hurm..#cikguayu ♬ original sound - Cikgu Ayu Empire
Seperti biasa, langit tidak selalunya cerah apabila ada netizen berpendapat Ayu juga sepatutnya bertimbang rasa kerana pelanggan lain juga mempunyai hak untuk merasai suasana yang tenang dan harmoni. Malah, netizen berkata, ibu bapa perlu mengawal tingkah laku anak masing-masing apabila berada di luar, bukannya mengharapkan orang lain untuk memahami situasi mereka sepanjang masa.
"Sebagai owner restoran, pelanggan yang datang makan berhak untuk merasai suasana yang tenang dan harmoni," kata Nasi Beriani Buluh.
"Apa kata yang ada anak ramai dan buas je makan kat rumah?" kata Gula Hati.
"Apa kata kalau anak yang jenis meragam tu pergi bungkus dan makan di rumah. Selepas makan, anak-anak boleh pergi main di luar rumah," kata Smiley.
Macam saya, kalau anak saya menangis, saya sendiri bawa anak keluar sebab rasa bersalah dengan orang lain.
"Aku ada anak kecik tapi tergelak pula dia cakap kalau tak suka budak menangis pergi bungkus dan makan di rumah. Eh? Anak dia yang menangis, orang lain pula kena bungkus? Hahahahaha!" kata Emylia.
Sumber: TikTok Cikgu Ayu
from The Reporter https://ift.tt/eXHbzxj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment