Home » , » Ketua PAS Perak Razman Zakaria mohon maaf, mengaku lempar fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Ketua PAS Perak Razman Zakaria mohon maaf, mengaku lempar fitnah terhadap Anwar Ibrahim

shamsulazlan | 01:22 | 0 comments

Gambar Free Malaysia  Today


November 2022, Ketua PAS Perak, Razman Zakaria mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dengan mengatakan Pengerusi PAkatan Harapan, Anwar Ibrahim akan mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis dan menyokong agenda komunis jika menjadi perdana menteri. 


Anwar kemudian menuntut permohonan maaf dari Razman dalam tempoh tujuh hari berhubung dakwaan fitnah itu atau berdepan dengan tindakan saman. 


Razman bagaimanapun enggan menuruti permintaan Anwar kerana yakin dirinya tidak menabur sebarang fitnah terhadap Presiden PKR berkenaan. Malah, Razman yakin kenyataannya itu dibuat berdasarkan kenyataan-kenyataan pimpinan PH ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan. 


Keengganan Razman itu mengundang Anwar mengambil tindakan dengan memfailkan saman yang menuntut Ketua PAS Perak itu membayar ganti rugi RM5 juta dan injunksi untuk menghalangnya daripada membuat sebarang kenyataan lanjut berunsur fitnah terhadapnya. 


Tetapi bagi Razman, nilai saman RM5 juta itu adalah kecil berbanding dengan akidah ummah dan beliau bersedia berdepan dengan Anwar di mahkamah. 


Bagaimanapun, Razman mengubah nadanya hari ini apabila dia mengambil keputusan untuk memohon maaf kepada Anwar Ibrahim atas ucapannya yang jelas berunsur fitnah berkenaan. 


Razman membuat permohonan maaf itu di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini, 9 Februari 2023, sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadapnya. 


Peguam mewakili Anwar, SN Nair berkata, anak guamnya bersetuju dengan penyelesaian itu sebagai tanda muhibah dan membiarkan perkara itu selesai demi kepentingan semua pihak. 


"Apabila seseorang individu menyesal dan memohon maaf dengan suci hati, seorang pemimpin yang baik budinya akan menerima permohonan maaf itu dan menarik balik saman," katanya. 


Sumber: Free Malaysia Today, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/GlIorKd
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger