Home » , » Remaja 14 tahun hilang sejak keluar dari rumah Disember 2022, disyaki melarikan diri bersama teman lelaki

Remaja 14 tahun hilang sejak keluar dari rumah Disember 2022, disyaki melarikan diri bersama teman lelaki

shamsulazlan | 06:22 | 0 comments



Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu dan keluarganya merayu agar gadis berkenaan segera pulang ke pangkuan mereka. 


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, remaja warga Vietnam itu dikenali sebagai Mai Yen Thuy, dikatakan keluar dari rumah tanpa kebenaran ibu  bapanya pada 18 Disember lalu. 


Difahamkan, pada awalnya si bapa cuba mencari anak tirinya itu secara bersendirian dan hanya membuat  laporan polis baru-baru ini kerana mengesyaki Mai telah melarikan diri bersama teman lelakinya. 


Menurutnya, Mai ada menghubungi mereka pada pertengahan januari, tetapi tidak memberitahu merka di mana dia berada. 


Yahaya berkata, ini adalah kali ketiga Mai dilaporkan hilang. Kali pertama berlaku pada September tahun lalu apabila dia menghilang selama lapan hari dan enam hari pada kali kedua di bulan Oktober. Mai ketika itu ditemui masih berada di Ipoh. 


"Ibu bapanya tidak tahu siapa kawan anak mereka. Tetapi menurut mereka, dia juga seorang yang agak peramah. 


"Bapa tirinya tidak tahu apa pakaian yang dipakai oleh anaknya itu sebelum keluar rumah kerana pada masa kejadian dia bekerja di Kuala Lumpur," katanya. 


Polis meminta mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat mengenai Mai untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi pejabat polis daerah Ipoh di talian 05 245 1500.


Sumber: The Star 



from The Reporter https://ift.tt/L0rKaYB
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger