Home » , » 'Padam sajalah, agama bukan bahan lawak' - Netizen dakwa Fikry Ibrahim buat jenaka mempersendakan agama

'Padam sajalah, agama bukan bahan lawak' - Netizen dakwa Fikry Ibrahim buat jenaka mempersendakan agama

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments



Seperti menjadi trend terkini, bahan jenaka atau lawak dijadikan modal untuk menarik perhatian pengikut-pengikut selebriti dan pemengaruh di media sosial.


Namun begitu, dalam lawak jenaka ada perkara yang perlu dititikberatkan, apatah lagi melibatkan isu sensitif seperti senstiviti kaum dan juga agama.


Pelakon, pelawak dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim dikritik netizen apabila memuat naik satu video yang berlatarbelakangkan suasana Khutbah Jumaat di beberapa buah negara. 


Sebelumnya, dia telah memuat naik layar hijau suasana khutbah di negara seperti Bangladesh dan India. Dan Fikry menunjukkan dia seolah-olah bersama jemaah yang lain menyertai solat Jummat di sana. 


Hasil semakan juga mendapati kandungan video yang dimuat naik menyerupai dengan kandungan video yang dibuat oleh pemengaruh TikTok Indonesia, Sandy Arnof.


@sandy_arnof Membalas @mentari_philiang ni saat sholat jumat di korea# #comedy #fypdongggggggg #viraltiktok #fypシ #sholat ♬ nhạc nền - Đà Lạt +


Terbaharu, beliau memuat naik suasana khutbah Jumaat di Korea Selatan. Tindakannya itu mengundang kritikan netizen yang menganggap Fikri bertindak tidak sopan dengan membuat pelbagai gaya seperti ‘mini love’. 


@afikryaibrahim

DINEMPUT SOLAT DI KOREA

♬ original sound - FEEKS.CO


Bagi netizen, Fikry bukan berada di tempat kejadian dan dia seharusnya menghormati senstiviti Islam.


"Padam sajalah.. Orang tu sedang baca khutbah, bukan berucap di perhimpunan sekolah. Cuba buat jenaka guna konten orang negara lain sedang baca khutbah ni agak keterlaluan sebenarnya. Perkara agama bukan untuk dijenakakan," tulis Jalal Misai.



"Ya betul. Niat tak menghalalkan cara. Agama bukan bahan lawak, agama tu benda serius. Tiada benda yang boleh dilawakkan dalam agama. Mohon ambik perkara ini serius," tulis salah seorang pengguna Twitter.


Ada juga mendakwa, beliau pernah ditegur netizen, tetapi tidak diendahkan.


"Dah pernah ada yang tegur bang, tapi dia balas, take a chill pill bro," tulis Rainshaarawy.


Melihat kepada situasi tersebut, Fikry Ibrahim membalas kenyataan netizen dan mendakwa perkara itu sudah dirujuk kepada pihak yang berkenaan.


"Thank you for your concern and advice. Untuk pengetahuan cik, setiap content yg berkait agama sudah saya rujuk dengan individu yg lebih arif. Tidak ada niat lain melainkn mengajak org memeriahkn masjid dan bersedekah. Again thank you for your support," tulisnya.


Sumber: Jalal Misai, Fikry Ibrahim



from The Reporter https://ift.tt/TK2nSDy
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger