Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam ceramahnya di Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur malam kelmarin berkata, perbuatan mengecas telefon bimbit dalam masjid, hukumnya adalah haram.
Namun, perkara sebaliknya berlaku jika pihak masjid membenarkannya, katanya yang mengulas mengenai persoalan tersebut.
Perbuatan itu adalah haram kerana masjid tidak boleh disamakan seperti kediaman sendiri kerana kebanyakan barang telah diwakafkan.
"Jika kita yang bayar bil elektrik masjid, kita boleh cas telefon. Contohnya, bayar RM2,000 setiap bulan. Tetapi kalau orang lain yang bayarkan, tidak boleh.
"Melainkan ada soket disediakan khas ditulis sebagai wakaf cas telefon percuma. Kerana harta itu dikira harta sabil atau wakaf.
"Paling kerap buat dosa, apabila ahli jawatankuasa masjid bawa barang-barang masjid balik rumah. Contohnya pinjam karpet, bawa balik sebab anak ingin kahwin," jelasnya.
Tambah beliau lagi, menurut riwayat Imam Nawawi, haram hukumnya jika orang ramai mengambil wuduk di mesin penapis air di masjid kerana telah diwakafkan untuk diminum sahaja.
Sumber: Kosmo Online
from The Reporter https://ift.tt/x3tp4UR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment