Bekas perdana menteri kelapan, Muhyiddin Yassin berkata, tiada salahnya jika kerajaan meluluskan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar jika itu yang dimahukan oleh rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Pagoh berkenaan, kerajaan sepatutnya mendengar suara rakyat yang meminta bantuan dan memajukan ekonomi dan memelihara kebajikan rakyat.
"Itu tugas kerajaan, dengarlah suara rakyat yang mahu pembelaan. Apa salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini.
"Begitu juga dengan moratorium pinjaman bank, mereka terus membuat untung walaupun ketika negara berhadapan dengan krisis terutamanya pandemik Covid-19.
"Bank-bank juga patut turut sama membantu rakyat dengan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar bagi tempoh tertentu untuk meringankan beban rakyat akibat kesan inflasi dan kenaikan OPR," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya lagi, kerajaan yang sudah berusia hampir tiga bulan ini masih belum ada usaha untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat.
"Kita dengar menteri kata, kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam. Kalau harga telur mahal, jangan makan telur. Ini bukanlah sesuatu yang rakyat harapkan daripada kerajaan.
"Yang rakyat nak adalah tindakan kerajaan sama ada daripada segi dasar, inisiatif tertentu untuk meningkatkan pendapatan mereka, menyalurkan bantuan kepadas golongan yang memerlukan serta memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi dan dijual pada harga yang munasabah," katanya.
Sumber: Kosmo Online
from The Reporter https://ift.tt/1RWXvIg
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment