Home » , » 'Identiti pelajar rosakkan harta benda sekolah telah dikenal pasti' - Menteri Pendidikan

'Identiti pelajar rosakkan harta benda sekolah telah dikenal pasti' - Menteri Pendidikan

shamsulazlan | 23:22 | 0 comments



Identiti sekumpulan pelajar yang merosakkan harta benda sekolah dalam video tular di media sosial, telah pun dikenal pasti dan akan dikenakan indakan. 


Baca: (Video) 'Tak sia-sia cuti sekolah kau dik, penjara/balai menanti' - Sekumpulan pelajar jahanamkan harta benda sekolah di hari terakhir persekolahan


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihak sekolah berkenaan telah mengenal pasti identiti pelajar terbabit dan siasatan sedang dijalankan.


"Perkara ini berada dalam pengetahuan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Tindakan pertama sekolah adalah memanggil pelajar ini dan ibu bapa mereka untuk siasatan. 


"Berdasarkan video tular itu, saya tidak fikir ia satu perkara yang sepatutnya berlaku dan kita memang tidak berkompromi dengan tindakan-tindakan vandalisme dan keganasan.


"Untuk hal ini, bimbingan dan kaunseling juga difikirkan perlu diberikan kpada pelajar terbabit," katanya. 


Sejak semalam tular video sekumpulan pelajar terbabit merosakkan harta benda sekolah bagi meraikan hari terakhir persekolahan. Tindakan mereka itu mengundang reaksi negatif netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan vandalisme tersebut. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/S3oxWNU
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger