Beberapa hari lalu seorang influencer TikTok yang dikenali sebagai Cikgu Ayu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelanggan di sebuah kedai yang memberikan pandangan yang dianggap kurang menyenangkan disebabkan anak-anaknya bersama dengan anak saudara menimbulkan suasana bising sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan lain.
Dalam kenyataan awal itu Ayu berpendapat, mereka yang tidak boleh menerima situasi seperti itu sepatutnya memilih opsyen untuk membungkus makanan dan makan di rumah.
Bagaimanapun pendapatnya itu ditentang oleh orang ramai yang berpendapat dia sebagai ibu sepatutnya mengawal tingkah laku anak-anaknya berbanding menyalahkan orang lain yang tidak memahami situasinya.
Menyedari video itu tular di media sosial sehingga menyebabkan dirinya dikecam teruk, Ayu tampil memohon maaf secara terbuka.
Watch on TikTok
"Ya Allah, ramainya parents yang ada anak kecil terkesan. Saya mohon maaf pada semua yang terasa.
"Isu keluarga yang jeling tu bukan bujang ya, tapi satu family yang jeling. Yes, anak saya bukan jenis meragam yang kacau orang. Ada yang cakap saya tak cuba menenangkan anak, tak bergilir dengan suami (menjaga anak). Saya berulang kali bangun dan keluar tenangkan anak.
Watch on TikTok
"Orang boleh judge tapi orang tak nampak struggle saya bagi baby diam. Kakak dan Yayang just stay kat tempat diorang je. Yang baby 1 tahun 6 bulan kalau jegilkan mata pun dia tak faham.
"Kami tak tapau sebab ada satu je lagi makanan yang tak sampai sebab order tercicir. Last-last saya memang tinggalkan kedai makan dan tunggu dalam kereta.
"Saya minta maaf buat korang yang terasa dengan saya," jelasnya.
Dalam pada itu, Ayu juga terkilan ada netizen yang tergamak mengelar anaknya sebagai binatang.
"Semoga kata-kata awak, awak dapat rasa nanti. Alhamdulillah, terima kasih semua nasihat yang stich dan untuk korang yang menaip tanpa sempadan, moga urusan kalian dipermudahkan.
"Yang mana kedai makan tak bagi kanak-kanak bising, insyaAllah just let me know kedai korang. Saya takkan masuk. Maafkan saya sekali lagi dan terima kasih yang bagi teguran. Saya terima dengan hati yang terbuka," ujarnya.
Sumber: TikTok Cikgu Ayu
from The Reporter https://ift.tt/HvFzUT4
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment