Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki baru-baru ini mengesahkan pihaknya telah membekukan beberapa akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.
Belum sempat isu berkenaan reda, timbul pula dakwaan yang mengaitkan pasangan selebriti iaitu, Aeril Zafril dan isterinya, Wawa Zainal, kononnya telah dibayar oleh parti Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk menghasut rakyat agar mereka menyokong parti berkenaan.
Bagaimanapun, Aeril yang menyedari dakwaan tersebut tular di Twitter, segera tampil membuat penafian.
"Fitnah ni…banyak kali dah aku jawab, tapi kali ni terpaksa lafazkan. Demi Allah, satu sen pun aku tak ambik," katanya.
Dalam masa sama, Aeril menuntut individu-individu terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dia dan Wawa dalam tempoh 12 jam atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Kurang dari tempoh itu, salah seorang individu terbabit tampil memohon maaf dan mengakui selama ini telah berburuk sangka terhadap pasangan berkenaan selepas terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas yang tular di media sosial.
"Saya memohon maaf atas tuduhan saya kepada Encik Aeril melalui tweet saya pada 1 Februari 2023 yang menyatakan Encik Aeril dan isteri beliau telah mendapat bayaran daripada PN untuk mempromosikan parti tersebut di TikTok.
"Sememangnya selama ini saya telah bersangka buruk yang Encik Aeril dan isteri telah mendapat bayaran untuk tujuan promosi. Sesungguhnya, khilaf itu di pihak saya kerana tidak memeriksa betul-betul," kata Azrul Fitri melalui Twitternya hari ini.
Sumber: Aeril Zafril
from The Reporter https://ift.tt/0OkSpFy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment