Home » , » 'Kenapa susah sangat nak bagi keluarkan simpanan KWSP?' - Pencarum desak kerajaan luluskan pengeluaran simpanan KWSP sebelum sesi persekolahan bermula

'Kenapa susah sangat nak bagi keluarkan simpanan KWSP?' - Pencarum desak kerajaan luluskan pengeluaran simpanan KWSP sebelum sesi persekolahan bermula

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments



Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang didakwa terkesan terus mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran bersasar simpanan itu sebelum sesi persekolahan bermula.


Mereka menyifatkan pengeluaran kecemasan secara bersasar itu bukan dibuat secara suka-suka sebaliknya mendakwa memang berada dalam kesusahan ketika ini.


Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir berkata, itu suara pencarum di seluruh negara yang meminta pengeluaran KWSP segera diluluskan.


Menurutnya, beberapa pencarum sanggup turun ke pejabat cawangan KWSP negeri bagi menzahirkan situasi dan kesungguhan mereka dalam mendapatkan wang simpanan sendiri.


Justeru katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk melihat rayuan itu dengan mempunyai empati terhadap rakyat.


"Mereka (pencarum) sudah tidak pedulikan apa yang dikatakan masyarakat lain, yang penting tuntutan bersasar itu diluluskan dengan kadar segera sebelum sesi persekolahan 2023/2024 tidak lama lagi.


"Mereka ini ada maruah tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan. Wajarkah seorang ketua pemimpin negara melihat semua ini?" katanya dalam kenyataan media.


Katanya, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang menegakkan hak asasi manusia dan suara rakyat, pihaknya menggesa Anwar meluluskan segera tuntutan berkenaan.


Media sebelum ini melaporkan, pengeluaran caruman itu yang diumpamakan 'talian hayat' kepada mereka yang memiliki caruman mencukupi bagi meneruskan kelangsungan hidup malah ada juga golongan memberikan pendapat berbeza.


Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan sedang mencari jalan lain selain simpanan KWSP bagi membantu kumpulan yang mengalami masalah kos sara hidup tinggi.


Beliau dilaporkan berkata, kerajaan sedang mencari alternatif lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara nanti.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/YgcSGPy
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger