Dua hari lalu, seorang pempengaruh di TikTok berkongsi video dia bersama dengan sepupunya memperagakan busana pengantin bagi pasangan plus size.
Tatkala netizen memuji kecantikan busana dan kecomelan mereka berdua, ada beberapa individu biadap memuat naik komen-komen berbaur menghina dan body shaming.
@syakirbelon4.0 Alhamdulilah @kayibrahim ♬ original sound - jevanvlogs
Individu-individu ini tanpa segan silu memuat naik komen-komen menjijikkan itu tanpa sedikit pun memikirkan perasaan tuan empunya badan.
Tindakan golongan acah-acah terpaling kelakar bagi komen sedemikian mengundang kecaman netizen yang melabelkan mereka hanya fikirkan tentang perkara lucah sepanjang masa.
"People are being too comfortable with social media smapai rasa macam 'Komen je lah, orang bukan kenal aku pun', not knowing that benda kecik macam ni pun asbab kau tak boleh nak sampai syurga," kata Wan.
"Comment tu semua golongan try hard nak jadi kelakar tapi dalam tak sedar menghina dan menghalalkan kata-kata berunsur lucah," kata Daisy.
"The audacity, the words came from micro-brain of not-so-bright meleis supremacy. Saya selaku Melayu kampung tak mengaku dia orang ni berasal daripada kampung. Even Melayu kampung pun tak sebenak ini, sorry," kata Shafik.
"Yang perempun pun sama naik eh perangai. Perangai buruk cuba simpan. Kau seorang tau perangai kau buruk sudahlah. Ini nak dicanang bagi satu alam tau. Bingai," kata Gladius.
Media sosial sepatutnya digunakan dengan cara yang baik, bukannya digunakan untuk menghina atau mempersenda fizikal seseorang. Bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku pada diri ataupun ahli keluarga sendiri. Sudah tentu ia akan meruntuhkan keyakinan dan moral diri.
from The Reporter https://ift.tt/pSCc8m2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment