Home » , » 'Isteri pertama juga perampas kepada rumah tangga isteri kedua, ketiga & keempat' - Netizen speechless dengar pandangan Naib Presiden Pertubuhan Poligami Malaysia

'Isteri pertama juga perampas kepada rumah tangga isteri kedua, ketiga & keempat' - Netizen speechless dengar pandangan Naib Presiden Pertubuhan Poligami Malaysia

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments



24 Januari lalu, Sinar Harian menganjurkan wacana berjudul Poligami: 2, 3 dan 4 bukan perampas, yang menjemput tiga panel yang arif mengenai topik itu untuk membicarakan isu poligami yang tak pernah berkesudahan di negara ini. 


Pandangan dari salah seorang ahli panel berkenaan, Naib Presiden Pertubuhan Poligami Malaysia, Haryani Ithnen, mengundang pelbagai reaksi netizen khususnya golongan wanita.


"Dalam isu ini kalau kita katakan perampas dalam banyak kes yang kita uruskan, kadang-kadang yang merampas itu bukan suami kedua, ketiga dan keempat. 


"Yang merampas itu (adalah isteri) yang pertama, merampas rumah tangga yang (isteri yang) kedua. Memaksa suami menceraikan yang pertama. Ibu dan ayah suami memaksa anak menceraikan isteri baru, 'kalau engkau tak ceraikan bini baru engkau tu, engkau anak derhaka'. 


"Dalam konteks ini, ibu dan ayah juga perampas. Dalam konteks ini, isteri pertama juga perampas kepada rumah tangga isteri kedua, ketiga dan keempat. 


"Ramai orang bercerita tentang kesakitan yang (dilalui isteri) pertama. Tetapi ramai orang akan sembunyikan tentang kesakitan kedua, ketiga dan keempat. 


"Contoh, saya pernah menjadi isteri keempat dan saya sampai ke hari ini mengatakan isteri keempatlah yang paling tertekan. Dia perlu bersaing dengan tiga kakak madunya yang cantik, yang pandai dan yang molek. Yang keempat ini terkedek-kedek nak masuk, tak dapat," katanya.


APA ISTIMEWANYA SUAMI ORANG?


"Ketika saya menjadi ibu tunggal, saya memilih suami orang bukan kerana suami orang itu. Kerana saya tahu suami orang itu tak akan balik ke rumah saya selalu. Itu yang pertama. 


"Yang kedua, suami orang yang saya mahukan itu bukan suami orang. Tetapi yang saya mahukan adalah suami yang berilmu, faham hukum hakam. Jadi, lelaki bujang bukan kerana mereka tidak berilmu, tak tahu hukum hakam, mereka okay saja. Tetapi cara pendekatan mereka itu... barangkali masih hot, masih bujang.. mereka tak cukup menonjolkan diri mereka. Jadi, nampak macam kurang berilmu," ujarnya. 



Bagaimanapun, netizen tidak dapat menerima pandangan tersebut dan meluahkan kebimbangan sekiranya kenyataan itu akan menyebabkan golongan wanita yang masih bujang takut untuk mendirikan rumah tangga. 


"Masalahnya, tak akan ada perempas kalau yang kedua, ketiga dan keempat tak wujud. Jadi sekarang ni, siapa yang perampas sebenarnya? Kenot brain justification dia," kata Eddy. 


"Yang perempuan tu, betul-betul kaji ke tak sebelum cakap ni? Macam halalkan je rampas-rampas laki orang. Eee, makin ramailah perempuan rampas laki orang," kata Mangostanna. 


"Nak salahkan siapa lagi dah dia nombor empat? Itu kalau kau isteri permata, mesti kau cakap yang lain perampas juga. Perampas ni dia punya manipulatif lain macam ye," kata Zafeiyra. 


Apa pandangan anda? 


Sumber: Wacana Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/HzuSkgL
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger