Home » , » 'Ini motivator atau tengah recruit downline MLM ni?' - Buat pelajar menangis, menjerit, netizen kritik cara motivator

'Ini motivator atau tengah recruit downline MLM ni?' - Buat pelajar menangis, menjerit, netizen kritik cara motivator

shamsulazlan | 06:22 | 0 comments



Ketika hampir tiba musim peperiksaan penting seperti SPM, kebiasaannya pihak sekolah akan memanggil pakar motivasi, pempengaruh atau selebriti untuk menyampaikan ceramah. Tujuannya bagi menaikkan semangat para pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang diimpikan.


Seperti kebiasaan juga, ada kisah-kisah sedih yang diselitkan melibatkan ibu bapa, guru dan kawan bagi memberikan kesedaran kepada pelajar sehingga menitiskan air mata.


Persoalan disini, masih relevankah penceramah-penceramah dijemput hanya sekadar untuk memberi kesedaran yang berkemungkinan hanya mampu bertahan dalam masa sehari.  


Tular di Twitter, satu video yang menunjukkan seorang pakar motivasi yang dikenali sebagai Zack Zawani sedang memberikan arahan kepada seorang pelajar perempuan untuk melaungkan kata-kata semangat. 



“Aku nak sangat berjaya, aku ingin buktikan pada mak ayah aku. Aku nak jadi student paling terbaik,” laung pelajar perempuan itu sambil menangis. 


Walaupun dari sudut positif kita melihat ceramah sebegini mampu mengubah pelajar, tetapi netizen berpandangan sebaliknya. 


“Daripada buat motivasi, baik ajar cara nak buat resume, pergi interview dan sebagainya,” tulis Xrantarox


Dan ada juga yang berkongsikan pengalaman beliau ketika menghadiri ceramah pakar motivasi itu. 


“Dulu time sekolah rendah cikgu-cikgu ada panggil dia ni untuk motivate pengawas/ketua kelas. Lepas tu, dia ada buat satu session which is, dia bagi satu kertas and then dia suruh tulis nama parents dalam tu. Bila dah siap tulis dia suruh renyukkan kertas tu.


“Lepas tu, bila dah renyukkan, dia cakap sampai hati awak renyukkan nama mak bapak korang yang dah besarkan korang sampai macam ni,” tulis farah.


Walaupun begitu, ada netizen berpendapat cara motivator berkenaan tidak patut dipertikaikan. 


"Biarlah dia. Dia dibayar untuk berikan yang terbaik pada pelajar-pelajar tu. Kau tak buat apa-apa untuk budak-budak tu, diam je. Tak nak rasa motivate, senyap," tulis Afiqah.


"Lain orang lain pendekatan dia. This young man ada pendekatan dia. You cant say him 'bodoh' while even you tak pernah masuk dalam dunia motivator. Try to put yourself as him, you akan faham," tambah netizen lain.


Seperti juga ceramah-ceramah pakar motivasi lain, kisah ibu bapa menjadi topik utama yang menjadi sandaran mereka untuk membuatkan pelajar sebak dan sedih. Tetapi netizen pula mempersoalkan apakah perasaan pelajar yang bergelar yatim piatu bila menyentuh soal ibu bapa. 


Isu ini menjadi topik yang hangat dipersoalkan kerana sudah menjadi acara tahunan setiap sekolah menjemput pakar motivasi seperti ini. Lantaran itu, netizen mula memetik nama Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga YB Menteri Pendidikan.


Sumber: Bella Hadidn’t



from The Reporter https://ift.tt/Mu84xsR
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger