Semalam, pelawak Ali Puteh yang mendakwa kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali, telah datang ke rumah arwah suaminya untuk menabur benda-benda khurafat bagi tujuan yang tidak baik, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Sedangkan, balu kepada arwah Abam Bocik itu pada tengah hari Jumaat, 10 Februari 2023, datang ke rumah tersebut untuk berbincang dan menuntut Ali Puteh dan keluarga untuk menyerahkan kunci rumah dan bayaran saman RM60,000 seperti yang diperintah oleh mahkamah yang mendapati Ali Puteh mengaibkan Hidayah di media sosial.
Walaupun video tersebut telah dipadamkan oleh Ali kurang daripada satu jam selepas dimuat naik, netizen sempat menyimpan video tersebut dan mempertikaikan dakwaan Ali yang dianggap tidak masuk akal kerana Hidayah datang untuk menuntut haknya.
@miangmore Sebelum ni Dayah diam je..org belah sana suka tindas mcm2.. Apapun fight your right dayah! #hidayahhamzah #baluabam #abambocey #aliputeh #samanfitnah #farait #fyp ♬ Rapuh_ - Zali
@miangmore Reupload.. video sebelum ni dah kena removed dari tiktok #hidayahhamzah #aliputeh #samanfitnah #fyp ♬ Ya Allah - Wali
@miangmore Reupload.. video sebelum ni dah kena removed dari tiktok #hidayahhamzah #aliputeh #fitnah #saman #fyp ♬ No Comment - Bunda Corla
Menyedari banyak reaksi negatif dari netizen, Ali menerusi satu hantaran di Instagramnya menjelaskan orang ramai tidak akan faham kerana kejadian itu tidak berlaku pada mereka.
"Bergelak ketawalah dengan sindiran komen taburan garam limau dan bangkai itu sebagai mainan. Ada yang mengejek ini sebagai jenaka. Ada yang komen ini rekaan, siap tulis jangan lupa tambah garam dalam masakan.
"Tidak kena pada anda semua. Kalau kena pada yang komen tu semua, taulah. Baru tau apa yang kami sekeluarga rasa. Ini barang jangan dibuat main.
"Pada si penabur barang-barang tu, jangan risau. Kita dah pulangkan barang kamu. Kita tak berminat dengan barang kamu. Semoga Allah berikan keampunan dengan apa yang telah dibuat," katanya.
Bagaimanapun, ruangan komen pada hantaran itu telah ditutup sejak dimuat naik enam jam yang lalu.
@miangmore #hidayahhamzah #aliputeh #kessaman #faraid #fyp ♬ original sound - Yourstepmother
Semalam, Hidayah memuat naik video yang meminta Ali melunaskan bayaran saman RM60,000 seperti mana yang telah diperintah oleh mahkamah. Pihak peguamnya sebelum ini telah memberi tempoh selama 21 hari kepada Ali untuk berbuat demikian. Malangnya, pihak berkenaan terus berdiam diri seolah-olah mempermainkan keputusan mahkamah.
Sumber: Instagram Ali Puteh
from The Reporter https://ift.tt/T9MtB0g
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment