Home » , » 'SPayLater RM2,000 pun berpeluh nak bayar' - Orang ramai dinasihatkan fikir masak² sebelum buat pinjaman dengan Shopee

'SPayLater RM2,000 pun berpeluh nak bayar' - Orang ramai dinasihatkan fikir masak² sebelum buat pinjaman dengan Shopee

shamsulazlan | 08:22 | 0 comments



Platform perdagangan secara online, Shopee, sebelum ini telah memperkenalkan konsep 'Beli dulu, bayar kemudian' atau lebih dikenali sebagai SPayLater. 


Ianya adalah satu kaedah diperkenalkan bagi memudahkan urusan pembeli yang ingin memiliki barangan tertentu, tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membuat pembayaran terlebih dahulu.


Tidak dinafikan, ramai pengguna tegar platform itu menyambut baik kaedah pembelian tersebut. Dan baru-baru ini, Shopee mula memperkenalkan perkhidmatan pinjaman peribadi sehingga mencecah RM100,000 yang dinamakan sebagai SLoan.


Difahamkan, perkhidmatan SLoan ini hanya ditawarkan kepada mereka yang layak melalui aplikasi Shopee dan setiap peminjam dibenarkan memohon pinjaman berkenaan tetapi jumlah had pinjaman yang berbeza bergantung kepada penggunaan. Pinjaman kewangan daripada SLoan boleh disahkan dalam tempoh 24 jam. 


Sloan menawarkan kadar faedah 1.5 peratus, jadi 18 peratus setahun dalam tempoh pilihan tiga bulan, enam bulan atau 12 bulan. Jika peminjam lewat membuat pembayaran, mereka akan dikenakan caj sebanyak 8 peratus setahun atas tunggakan. Duti stamp pula dikenakan sebanyak 0.5 peratus dari jumlah kelayakan.


Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan tawaran baru yang diperkenalkan oleh Shopee itu. Ada yang mendakwa, sistem SPayLater sebelum ini pun sudah menyebabkan ramai pengguna terjerat dengan beban hutang, apatah lagi dengan skim pinjaman kewangan yang ditawarkan ini.


"SPayLater pun saya tak ambil sebab kalau bukan ada purpose, rasanya tak perlu ambil. Sebab hutang ni beban juga walaupun tak besar. Riba itu yang kita fikirkan,” kata Sue Val Armin.


“18 peratus... minta dijauhkan. SPayLater 6 bulan pun pening nak habiskan,” kata Rosli Abas.


Justeru netizen menasihatkan individu yang mahu membuat pinjaman kewangan dengan Shopee, membuat semakan terlebih dahulu agar tidak terbeban di kemudian hari.


Sumber: Ismail Biz Hub, Amanz



from The Reporter https://ift.tt/9xXvLSf
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger