Home » , » 'Kami bukan saja-saja mohon pengeluaran KWSP sekali lagi' - Rakyat rayu kerajaan benarkan pengeluaran KWSP buat kali terakhir

'Kami bukan saja-saja mohon pengeluaran KWSP sekali lagi' - Rakyat rayu kerajaan benarkan pengeluaran KWSP buat kali terakhir

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments

Foto Kosmo Online


Pertengahan Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak begitu bersetuju dengan cadangan pengeluaran wang simpanan KWSP bagi kali ketiga kerana kebanyakan pencarum memiliki jumlah simpanan yang sangat kecil. 


Beliau berkata, sekiranya dibenarkan pengeluaran sekali lagi, ia akan memberi kesan kepada masa depan mereka. Dan disebabkan itu, beliau mahu mencari jalan lain yang lebih berkesan untuk membantu rakyat yang terkesan dan hilang sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 sebelum ini. 


Namun, rakyat masih tidak berputus asa dan merayu agar kerajaan memberi peluang kali terakhir untuk mereka membuat pengkuasan khas daripada simpanan tabung persaraan itu. 


Walaupun data menunjukkan, kira-kira 6.1 juta pencarum hanya mempunyai simpanan di bawah RM10,000, tetapi mereka masih menaruh harapan agar kerajaan membenarkan pengeluaran khas KWSP bagi menampung kelangsungan hidup mereka yang masih terjejas. 


"Kami bukan saja-saja mohon kerajaan untuk dibenarkan pengeluaran KWSP dan apa yang berlaku pada saya sendiri di usia 40-an memang sukaru ntuk mencari pekerjaan tetap. 


"Disebabkan faktor usia, mendorong saya untuk bekerja sendiri yang mana saya memilih untuk bekerja menghantar barang dan perlu bekerja lebih masa antara 12 hingga 16 jam bagi memperolehi pendapatan lebih.


"Pendapatan itu bukan sahaja untuk kelangsungan hidup, malah untuk membayar hutang yang sedia ada. Oleh itu, jika dibenarkan pengeluaran, saya akan gunakan sebagai modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang," kata pemandu p-hailing, Yosselendra Daimi Akbar, 42, yang mencarum KWSP sejak 1999 hingga 2010. 


Sementara itu, Ekamulyasari Hamidi, 33, berpendapat gaji yang sedia ada pada masa ini tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan disebabkan kos sara hidup yang naik mendadak, komitmen faedah bank naik, yuran taska naik dan sebagainya yang begitu membebankan rakyat terutama bagi mereka yang menetap di kawasan bandar. 


"Ramai yang memerlukan sokongan tunai seperti simpanan KWSP ini supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai. 


"Kerajaan perlu fikirkan bagaimana syarikat besar di negara ini dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan sambilan kepada mereka yang memerlukan untuk tambah pendapatan, lebih-lebih lagi suri rumah yang hendak membantu suami mereka menghadapi cabaran kos sara hidup di bandar," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/qTzBHYQ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger