Home » , » Suami terlupa ucap 'selamat ulang tahun perkahwinan', dibelasah isteri, mertua & adik iparnya

Suami terlupa ucap 'selamat ulang tahun perkahwinan', dibelasah isteri, mertua & adik iparnya

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments



Seorang lelaki berusia 32 tahun di India baru-baru ini dibelasah isteri dan mertuanya termasuk adik iparnya dalam pergaduhan yang tercetus hanya kerana dia terlupa mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada isterinya. 


Kejadian itu dilaporkan berlaku di Mumbai, sehari selepas hari ulang tahun perkahwinan mereka pada 19 Februari 2023, sekali gus menjadi dua tarikh yang tidak akan dilupakan oleh mangsa. 


Lapor The Hindustan Times, polis mendedahkan si isteri bengang dengan mangsa yang terlupa hari ulang tahun perkahdinan mereka, lalu menghubungi ibu bapanya dan adiknya untuk datang ke rumah. 


Apabila keluarganya tiba, mereka semua bertindak menyerang mangsa dan ibu kandungnya. Kenderaan milik mangsa turut dirosakkan. 


Inspektor Kanan Ghatkopar, Sanjay Dahake berkata, empat suspek terbabit telah ditahan untuk membantu siasatan dan seterusnya dikenakan tindakan undang-undang. 


Siasatan awal juga mendapati, mangsa, Vishal Nangre, bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat penghantaran, manakala isteirnya, Kalpana, 27, bekerja di kedai makan. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2018 dan mentap di Baiganwadi, Govandi. 


Nangre berkata, dia sebelum itu bertengkar dengan isterinya kerana terlupa hari ulang tahun perkahwinan mereka pada 18 Februari. Petang keesokannya, ketika dia sedang membasuh kereta di halaman rumah, isterinya yang baru pulang dari kerja terus menyerang mereka (Nangre dan ibu kandungnya). Kalpana juga berkata, dia tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan Nangre. 


Tidak beberapa lama kemudian, mertua bersama adik iparnya datang selepas dihubungi oleh Kalpana. Kereta dan tingkap kediaman mereka dirosakkan. 


Sehari selepas kejadian, kedua-dua pihak mengadakan pertemuan di rumah ibu Nangre untuk berbincang. Namun, perbincangan itu gagal dan tercetus pergaduhan di mana Kalpana menampar ibu mertuanya. Kedua-dua beranak itu kemudian dibelasah tanpa belas kasihan. 


Selepas mendapatkan rawatan di hospital, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: The Hindustan Times, World of Buzz



from The Reporter https://ift.tt/jAotmCn
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger