Home » , » 'Berkaki tempang tapi mencuri, patutnya potong terus kaki dia' - Mangsa tawar RM5,000 cash jika ada maklumat 4 suspek ini

'Berkaki tempang tapi mencuri, patutnya potong terus kaki dia' - Mangsa tawar RM5,000 cash jika ada maklumat 4 suspek ini

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments

TUMPAT, KELANTAN - "Sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga lelaki di dalam video ini dijumpai, RM5,000 cash akan diberikan sebagai ganjaran dan detail anda sebagai pemberi maklumat akan dirahsiakan," demikian kata Faziani Rohban Ahmad.

Dalam kejadian jam 3.49 pagi semalam di Taman Perumahan berdekatan Masjid Ismailli, Pasir Pekan, dua buah motosikal Yamaha 125 telah dicuri oleh empat suspek yang datang dengan kereta Proton Waja. 

Menurut Faziani, dua buah motosikal Yamaha yang dicuri itu menggunakan nombor pendaftaran F422 dan RP7545 telah dicuri empat suspek terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubunginya di talian 019-9611231. 

Berdasarkan lima video yang dimuat naik oleh Faziani, pada awalnya dua suspek berusaha memotong dua rantai besi yang digunakan untuk mengunci pagar dengan pemotong besi. Sementara dua lagi suspek menunggu di dalam kereta. 



Sebaik saja pintu pagar berjaya dibuka, tiga suspek termasuk seorang suspek berkaki tempang masuk ke ruang parkir dan mengalihkan sebuah basikal sebelum mengeluarkan dua buah motosikal Yamaha 125. 

Ketiga-tiga suspek gigih mengangkat dua motosikal itu keluar sebelum melarikan diri. 




Menurut Faziana, suspek telah datang melalui jalan di rumah ibunya itu dengan kereta yang sama, malah siap berhenti di depan rumahnya. 

"Boleh dikatakan minggu lepas setiap hari kereta Waja ini datang berhenti depan rumah, buka tingkap kereta dan pandang dalam pagar sebelum berlalu pergi bila orang mula hairan dengan kehadiran mereka.

"Pernah seminggu sebelum itu, salah seorang dari ahli keluarga kami mejemur kain di luar dan mereka tidak perasan dengan kehadirannya. Jelas sangat muka dan badan. Mereka selalu datang pada waktu siang," katanya. 

Laporan polis telah dibuat pada hari kejadian dan menurut Faziani, polis sedang menyiasat kes tersebut. 


from The Reporter http://ift.tt/2w0oxsW
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger