Home » , » Penyamun bunuh warga emas demi telefon bimbit & televisyen

Penyamun bunuh warga emas demi telefon bimbit & televisyen

shamsulazlan | 01:30 | 0 comments

JEMPOL, NEGERI SEMBILAN - Seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Baru Rompin, semalam, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, Joriah Ahmad, 65, ditemui oleh anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. 

Difahamkan, anak mangsa yang baru pulang ke rumah pada jam 5.30 petang menemui ibunya terbaring dengan kepala berlumuran darah di ruang tamu sebelum memaklumkan kepada jirannya. 

"Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

"Siasatan di lokasi mendapati telefon bimbit dan televisyen milik mangsa hilang, disyaki disamun suspek," katanya. 

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasatan dan polis kini sedang menjalankan siasatan. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2psJOte
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger