Pihak madrasah dalam kenyataannya kepada Sinar Harian menyatakan bahawa mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci. Malah menegaskan tidak akan menyorokkan apa-apa maklumat.
Namun pengetuanya meminta orang ramai tidak menunding jari pada pihak madrasah kerana apa yang berlaku bukan diarahkan oleh pihak madrasah, sebaliknya individu terbabit yang mengambil tindakannya sendiri tanpa merujuk kepada pihak madrasah.
Dalam laporan media tempatan semalam melaporkan bahawa mangsa telah dibawa berubat secara tradisional dan diberi makan ubat tahan sakit milik ibunya yang baru lepas bersalin.
Ekoran laporan itu, ramai netizen yang tampil memberikan komen-komen negatif terhadap ibu dan keluarga mangsa di media sosial.
Berikut penjelasan dari ibu saudara mangsa, Bella yang disiarkan di Facebooknya, 20 jam yang lalu.
"Semua orang berhak memberi pendapat masing-masing dan saya juga berhak untuk post perkara ini sebab ia terjadi pada keluarga saya sendiri.
"Ada yang cakap mungkin anak buah saya bermasalah. Kamu semua tahu ke perkara yang sebenar? Tidak juga, kan? Kalau bermasalah sekalipun, perlu ke rotan dengan cara seperti itu? Ada caranya nak mengajar dan denda. DAn kalau dia yang bermasalah, takkanlah semua budak kena rotan? Fikir-fikirkanlah.
"Saya nak tegaskan, kami sekeluarga tidak menyalahkan madrasah tahfiz dan hanya kerana disebabkan seorang pembantu warden terbabit, semua madrasah dikecam," tulisnya.
Bella juga turut menafikan dakwaan media kononnya keluarga mereka telah membawa Thaqif mendapatkan rawatan perubatan tradisional.
"Bila pula kami bawa berubat kampung? Cerita dari mana TV3 ini dapat? Tengok CCTV madrasah saja ke? Selidiklah sekali para pelajarnya. Harian Metro lapor Thaqif diberi ubat tahan sakit milik ibunya yang baru lepas bersalin? Ini nak bagi cerita nampak gempak ke apa? Segala ubat Thaqif yang klinik bagi, semua ada dan doktor di Hospital Sultan Ismail pun sedia maklum.
"Ubat yang diberikan pada Thaqif memang ubat dia yang diberikan oleh doktor semasa kakak saya bawa ke klinik. Ubat itu memang sama, nombor siri sama dengan ubat tahan sakit/peningkepala/demam kakak saya yang baru saja lepas bersalin.
"Doktor sedia maklum dan pihak polis sudah siasat dan tengok ubat itu sendiri. Jadi, janganlah disebabkan ubat ini jadi isu untuk menyalahkan ibu Thaqif.
"Orang boleh cakap macam-macam, cakaplah sehingga puas. Ingat, perkara ini tak kena pada batang hidung sendiri, keluarga sendiri. Kami sekeluarga redha dengan ketentuan olehNya. Allah maha mengetahui," tulisnya.
Dalam status Facebook Bella yagn terkini mendakwa, mereka dimaklumkan bahawa pembantu warden berkenaan merupakan bekas banduan.
"Selepas satu, satu kami terima berita. Semoga Allah terus bantu dan permudahkan urusan kami untuk kes Thaqif. Malam semalam polis sahkan, pembantu warden terbabit adalah bekas banduan. Allahuakbar," tulisnya. - The Reporter
Artikel berkaitan:
from The Reporter http://ift.tt/2p8LytP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment