Setelah setahun dikurung kerana disangka dirasuk hantu, akhirnya Shyamal Tirke, 49 berjaya `diubati’. Barulah Shyamal tahu rupa-rupanya perutnya yang membusut itu bukan disebabkan dia disampuk oleh hantu sebaliknya kerana Shyamal menghidap tumor.
Tumor pada perutnya itu membesar seperti buah tembikai raksasa.
Sebelum ini Shyamal terpaksa dikurung dalam bilik selepas dukun di kampungnya di Kolkata, India mendakwa ada hantu dalam perut lelaki itu. Shyamal juga akan muntah setiap kali dia makan.
Hanya setelah didesak oleh jiran-jirannya agar dia membuat pemeriksaan di hospital, barulah penyakitnya diketahui.
Pemeriksaan dan imbasan x-ray yang dijalankan mendapati Shyamal menghidap Retroperitoneal Liposarcoma iaitu ketumbuhan yang jarang dialami oleh orang lain.
Tumor itu berjaya dikeluarkan oleh tiga orang doktor dalam pembedahan yang memakan masa selama dua setengah jam.
“Ini adalah kali pertama di mana kami terpaksa mengeluarkan ketumbuhan yang besar ini. Shyamal kini semakin pulih dan akan menjalani kehidupan seperti biasa tidak lama lagi,’’ kata Dr. Partha Sarathi Ghosh, iaitu doktor yang merawatnya.
The post Hantu Dalam Perut, Dikurung Setahun Oleh ‘Dukun Kampung’ appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2oUKIhi
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment