JOHOR BAHRU - 25 April 2017, di hari ketujuh, Mohamad Thaqif Mohd Amin dilaporkan masih kritikal dan tidak sedarkan diri kerana diberi ubat.
Ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, bimbang melihat jari jemari tangan kanan anaknya yang semakin kecut dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.
"Thaqif demam, suhu semakin meningkat, Otot-otot tangan kanannya sudah mati. Doktor tunggu sehingga jam 8 malam ini dan pemantauan dibuat setiap jam.
"Sekiranya tiada jua perubahan, terpaksalah memilih pilihan terakhir (potong)," tulisnya di Facebook, sejam yang lalu.
Lapor Harian Metro, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah telah berkenan meluangkan masa dan menziarah Mohamad Thaqif di Hospital Sultan Ismail selama 40 minit, pagi tadi.
Raja Zarith Sofiah bertitah agar semua murid di Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi, yang menerima hukuman dipukul di tapak kaki seperti Mohamad Thaqif, menjalani pemeriksaan kesihatan kerana tidak mahu tindakan lambat diambil terutamanya apabila berkemungkinan berlaku lagi kes seumpama itu.
Titah beliau itu disampaikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat.
Datuk Ayub Rahmat berkata, laporan penuh perubatan berhubung punca yang mengakibatkan kedua-dua kaki Mohamad Thaqif dipotong, dijangka akan diperoleh antara satu atau dua minggu lagi. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2pdcFlr
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment