Seorang doktor di Guangzhou terkejut apabila menemui seekor belut ‘gergasi’ berenang-renang di dalam perut seorang lelaki berusia 49 tahun.
Lebih malang lagi, belut sepanjang 50 sentimer itu memecahkan usus mangsa dan menyebabkan beberapa organ badan yang lain rosak.
Memetik Shanghaiist, pada mulanya lelaki berkenaan dikejarkan ke hospital selepas dia mengadu mengalami sakit perut yang kronik.
Doktor kemudian segera merawatnya dengan melakukan pembedahan ekoran perut mangsa yang dilihat semakin membengkak dan kelihatan sangat tidak normal.
Mujurlah dengan tindakan pantas doktor dan pasukan perubatan, Liu berjaya diselamatkan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Menurut Liu, dia memaklumkan doktor dia pernah mendengar bahawa dalam perubatan tradisional, belut boleh digunakan untuk merawat masalah sembelit dan dia mengambil keputusan ‘gila’ berkenaan untuk mencubanya.
Liu kemudian memasukkan belut hidup melalui lubang duburnya dengan harapan masalah sembelitnya berakhir namun malangnya kaedah itu tidak menjadi apabila keadaan menjadi semakin teruk sehingga memaksa dikejarkan ke hospital.
Pada Mei 2010, seorang lelaki di Sichuan meninggal dunia selepas rakannya memasukkan belut hidup ke dalam lubang duburnya sebagai gurauan sesama rakan.
Bagaimanapun, belut itu telah merosakkan organ dalamannya dan akhirnya meninggal dunia.
The post Doktor Keluarkan Belut Dari Perut Lelaki appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2pFvVLe
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment