Alor Setar: Wanita tertua di Malaysia, Puan Ahmad yang berusia 121 tahun meninggal dunia di rumah cucunya di Kampung Bendahara, Kodiang, Jumaat (29/4).
Cucunya, Zaini Noh, 44, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak dan cucunya pada pukul 1.30 tengah hari akibat sakit tua sejak seminggu lalu.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Tok Puan, mempunyai empat anak berusia 65 hingga 90 tahun, 19 cucu dan dan 70 cicit, serta seorang piut.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu 4, Kampung Bendahara. – BERNAMA
The post Malaysia: Wanita Tertua Meninggal Dunia appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2qfrhDK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment