Home » , » 'Tiada lagi ke sayang awak pada saya?' - Suami kantoi curang melutut mohon maaf pada isteri

'Tiada lagi ke sayang awak pada saya?' - Suami kantoi curang melutut mohon maaf pada isteri

shamsulazlan | 23:59 | 0 comments


Benarlah kata orang, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan lelaki yang jahat hanya untuk wanita yang jahat. 

Perkahwinan aku tidak seindah yang aku impikan. Aku berkenalan dengan suami dalam keadaan yang kotor, penuh dengan maksiat, dadah dan dosa. Dunia kami indah, bagaikan semuanya milik kami. Dadah, arak, kelab malam menjadi makanan harian kami. 

Tiga tahun berlalu dengan pantas, kami menghalalkan perhubungan kami. Dengan izin Allah, kami dikurniakan permata hati pertama. Ya, aku sayangkan anak aku seperti nyawaku. Aku mula berubah, berubah untuk anakku. Suami? Masih lagi kekal dengan dunianya. Bahkan menjadi semakin teruk dan tenggelam dengan dunia dadahnya. 

Suami hanya mencari aku bila dia perlu. Aku dibuang bagaikan sampah bila dia bosan. Sepak terajang menjadi satu kebiasaan. Aku? Bersabar dan anaklah penguat hati aku. 


Setelah beberapa tahun berlalu, aku melahirkan anak ketiga. Aku mula berhijab, suami pula kata jangan munafik, hangat-hangat tahi ayam. Aku? Bersabar dan percaya Allah itu ada. Aku buang segala pakaian yang tak cukup kain itu semua. Aku mula istiqomah. 

Ya, berubah itu memang mudah tetapi istiqomah itu susah kerana orang di sekeliling memandang serong pada diri aku. Suami? Masih khayal dengan dunianya. Hari-hari aku bersedih, namun Allah berikan setiap petunjuk bila hati ini gelisah. Ya, setiap kali suami dengan perempuan lain, Allah perlihatkan jalan untuk aku. Hari-hari aku terluka. 

Aku redha, mungkin ini balasan pada aku di atas segala kesalahan lampau. Anak semakin membesar, merekalah penguat hati aku untuk melalui semua dugaan ini dengan senyuman. 

Selepas enam tahun berlalu, aku mengandung anak keempat. Suatu malam Allah tunjukkan kuasaNya. Telefon bimbit suami berbunyi dan tertera di skrin 'sayang' call. Aku jawab dengan hati yang kosong. Tanpa rasa marah mahupun dendam, suara perempuan yang kedengaran. Aku hulur telefon pada suami dan kata, 

"Buah hati awak yang call...."

Dengan langkah perlahan aku mengambil anak kecil dan bergurau senda dengannya. Suami letak telefon dan perhatikan aku. Dengan perlahan dia datang dan mendakap tubuh aku, membuatkan aku terkaku seketika. 

"Tiada lagi ke sayang awak pada saya?" soalnya. 

Aku hanya mampu membisu. Senyum aku ukirkan, namun jauh di sudut hati aku, kosong. Jiwa aku hancur. Suami menangis melutut meminta ampun di atas segala kesilapannya. Aku diam tetapi hati isteri mana yang mampu tahan? Aku dakap dia dengan erat. Ya Allah, sesungguhnya aku rindu akan suamiku. Aku redha dengan segala apa yang terjadi. 

Hari berganti hari, suami mula berubah. Tiada lagi dadah, tiada lagi maksiat, tiada lagi sentuhan kasar, tiada lagi dosa dia di mata aku. Dan hari ini sudah 10 tahun berlalu dengan pantas, anak-anak penghibur harinya dan dia menjadi imam di setiap solatku. 

Terima kasih ya Allah. Sungguh besar hikmah atas segala kesabaranku. 

Wahai isteri, andai sayang akan rumah tangga yang kita bina, maka bersabarlah kerana Allah itu sentiasa ada. 


from The Reporter http://ift.tt/2p6KiHd
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger