Home » , » 'Aku menangis, suami mana tak sedih kalau tengok isteri menangis begini?'

'Aku menangis, suami mana tak sedih kalau tengok isteri menangis begini?'

shamsulazlan | 01:10 | 0 comments

Dari 9 bulan 10 hari (dengan kebenaran Puan Nazira)

First, aku nak share ini sebab aku tak pernah percaya pun dengan semua ini dan sebab aku rasa semua isteri ini memang suka tag-tag suami dan bercerita apa yang dia rasa.
  • Rupanya, isteri aku bercerita sebab dia nak aku faham
  • Rupanya isteri aku tag-tag aku sebab dia nak aku ambil tahu
  • Rupanya isteri takut terjadi sesuatu pada dia
  • Rupanya dia takut dia melakukan sesuatu tanpa sedar
Aku tak ambil port pun tentang itu walaupun sekarang isteri aku berpantang anak kedua kami. Sebab dulu aku tengok mak aku berpantang selepas bersalin adik aku, elok saja. Sudahlah masa itu mak aku uruskan tiga orang anaknya iaitu dua abang dan aku. Abah pula kerja di Sabak Bernam dan datang jenguk kami pun seminggu sekali. 

Jadi, aku memang rasa isteri aku mengada-ngada. 

Sehinggalah satu hari itu, isteri peluk kaki aku dan merayu meminta aku selalu berada di sisinya kerana dia terlalu stress berpantang dan menguruskan anak pertama kami yang tantrum sangat. 

Isteri aku bertambah stress sebab dia tak cukup rehat berpantang pulihkan badan. Dia terlalu penat sebab confinement lady datang sebelah pagi sahaja. 

Itu pertama kali aku tengok isteri aku begitu. Dia peluk aku dan menangis dengan kuatnya serta meminta aku faham keadaan dia. Dia tak putus-putus merayu meminta aku memahami dia yang terlalu tertekan sampai terasa nak pukul anak kami yang baru lahir ini. 

Aku menangis beb! Dia isteri aku, suami mana tak sedih kalau tengok isteri menangis begini? 

Disebabkan aku perlukan seseorang untuk pulihkan kembali keadaan, memandangkan aku tak percaya dengan 'drama-drama' isteri, jadi aku bawa isteri jumpa Ustaz Arifin. Dia counselor mengenai hal rumah tangga di JAIS.

Allahuakbar, selepas hampir dua jam sesi bersama Ustaz Arifin, ustaz banyak membuka mata aku. 

"Isteri memang macam itu, Faiz. Allah hadirkan isteri dengan hati yang mudah tersentuh. Mereka tak macam kita, kita sebagai suami ini yang kena bertolak ansur. Cuba Faiz bagi isteri kasih sayang, baik dengan dia, belikan makanan untuk dia, fahami dia dan Faiz sendiri akan terkejut bila isteri Faiz luar biasa kebaikannya. 

"Isteri ini senang saja, bila dia sudah dipeluk dan dapat kasih sayang yang cukup, mood dia akan okay," kata ustaz. 

Satu persatu kata-kata Ustaz Arifin terngiang-ngiang di kepala. Memang betullah, nak faham perempuan memang susah, apatah lagi nak bersamanya sewaktu dia mengandung dan berpantang. Tetapi kalau sekali dah dapat serentak, inshaAllah kehidupan akan menjadi lebih bahagia. 

Aku tahu tak semua lelaki dan suami boleh terima benda ini sebab dulu aku pun begitu juga. Tetapi selepas aku sedar, aku rasa akulah orang yang paling bertuah dalam dunia sebab dapat perbetulkan semula kesilapan-kesilapan aku sebelum terlambat. Isteri beb, siapa tak sayang? 

Faiz, follower 9bulan10hari, antara follower yang nak sangat semua pasangan sedar sebelum terlambat. Recently dalam posting dia semua tentang kasih sayang. Semoga bahagia sampai bila-bila ya Faiz. Mesti isteri dia gembira sebab suami dia, Faiz, sudah faham. 

Tips buat Faiz dan para suami ketika isteri berpantang. Sayang dia lebih, isteri yang mendapat kasih sayang dari suami akan mampu melalui tempoh berpantang yang bauk tanpa tekanan. 

Fahami isteri - Bila anda tolong isteri jaga anak, fahami kesakitannya yang belum sembuh lagi. Isteri anda akan terus memohon doa pada Allah buat anda. Percaya atau tidak, doa seorang isteri yang tak pernah putus akan benar-benar mengubah kehidupan seorang suami untuk menjadi lebih baik. 

Sediakan milk booster buatnya - Seorang isteri perlu beri makanan yang terbaik buat anaknya (susu ibu). Bantulah isteri anda dengan mendapatkan makanan milk booster seperti ikan kerisi, ikan tenggiri, kurma, badam dan ubat-ubatan seperti Metoclopramide dan Domperidone. 

Peluk isteri - Antara ubat paling mujarab bagi seorang isteri adalah pelukan dan ciuman suami. Cubalah kalau nak tahu kesannya. Kepada ibu-ibu yang sudah memiliki bukan 9bulan10hari, suruh suami baca. InshaAllah suami akan lebih faham apa yang ibu-ibu lalui. 

Buang ego - Ya, lelaki juga dicipta dengan sedikit keras. Apa pun, buanglah ego itu jika anda ingin menjadi contoh terbaik buat anak-anak anda. Ingat! Jika baik anda terhadap isteri anda, anak-anak anda juga akan mengikut kebaikan dari anda itu dalam kehidupannya. 

Berdoa - Masa berpantang, makhluk halus suka sangat bau 'sweet hanyir' pada darah nifas. Pastikan anda selalu pasang surah ruqyah dan berzikir sebagai pendinding buat keluarga anda. 

Ingat, bila kita dijalan yang betul, bila kita fikir yang baik-baik, buat yang baik-baik, Allah akan bagi yang baik-baik. InshaAllah. 



Kepada yang belum atau berminat memiliki buku 9bulan10hari, bolehlah dapatkan dari url ini: http://ift.tt/2nlY6gp. Pembayaran boleh dibuat secara online dan ATM transfer ke no akaun Maybank: 

Awesome Mom Enterprise
564306236188

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami di WhatsApp di talian 017-2445451 atau mesej kami di Facebook 9bulan10hari. Kami akan assist anda secepat mungkin. 


from The Reporter http://ift.tt/2pUn7NL
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger