Home » , » Menyesal bercinta tiga tahun, lelaki bakar tunang sampai maut

Menyesal bercinta tiga tahun, lelaki bakar tunang sampai maut

shamsulazlan | 20:01 | 0 comments

JOHOR BAHRU - Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas melecur hampir 95% dipercayai dibakar oleh tunangnya yang sekurang-kurangnya tiga tahun menetap bersama, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada jam 11.03 pagi, Sabtu. 

"Lelaki yang disyaki membakar mangsa bukanlah suami wanita itu, sebaliknya hanya tunang yang tinggal bersama dengan mangsa tanpa perkahwinan yang sah," katanya yang juga mengesahkan lelaki berusia 28 tahun itu telah ditahan. 

"Suspek dipercayai penagih dadah kerana ujian saringan awal air kencingnya positif bahan itu. Suspek dan mangsa, kedua-duanya tidak bekerja. 

"Hasil siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berpunca akibat pertengkaran antara mereka. Lelaki itu mendakwa dia menyesal mempunyai hubungan tiga tahun dengan mangsa sehingga melahirkan anak tidak sah taraf yang kini berusia 18 bulan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - The Reporter


from The Reporter http://ift.tt/2ogQ1LH
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger