Chef terkenal Turki, Nusret Gökçe yang mencipta nama kerana menggunakan cara tersendiri untuk menabur garam dalam masakan hingga dikenali sebagai Salt Bae.
Semalam beliau menunjukkan gaya hampir sama ketika membuang kertas undi dalam proses pungutan suara di negara berkenaan.
Cara beliau memegang kertas undi sama seperti ketika dia menabur garam dalam masakan, sekali gus menjadikan Nusret sebagai perhatian ramai.
Nusret membuang undi bagi menentukan pindaan terhadap perlembagaan Turki yang akan memberikan perubahan besar ke atas peranan Presiden Tayyip Erdogan.
Jika diluluskan, ia akan memberikan Erdogan lebih banyak kuasa berbanding mana-mana pemimpin Turki yang lain.
Sementara itu Nusret menjadi terkenal apabila video yang memaparkannya memotong daging dan menabur garam menjadi viral serta ditonton lebih 12 juta kali.
Ia juga menjadikan orang ramai di seluruh negara cuba meniru Nusret.
Disebabkan populariti berkenaan, pelakon Leonardo DiCaprio telah mengunjungi restoran Nusret di Dubai dan telah makan daging stik yang disediakan sendiri oleh Nusret.
The post Salt Bae Penuh Gaya Pegang Kertas Undi appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2ojiOvj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment