Home » , » Pasangan Bergaduh Di Landasan Kapal Terbang

Pasangan Bergaduh Di Landasan Kapal Terbang

shamsulazlan | 22:01 | 0 comments

Penerbangan pesawat China Eastern Airlines ke Chengdu, Sichuan terpaksa ditunda gara-gara pasangan suami isteri ‘bergusti’ di landasan Lapangan Terbang Changsui di Kunming, Yunnan pada Selasa.

Memetik akhbar South China Morning Post, penerbangan domestik tersebut yang sepatutnya berlepas pada jam 11 pagi terpaksa ditunda selama setengah jam akibat pergaduhan antara pasangan suami isteri berkenaan.

Pasangan tersebut dikatakan bergaduh selepas turun dari sebuah bas untuk menaiki kapal terbang sebelum berlaku aksi tolak menolak dan tarik menarik antara mereka.

Ketika pergaduhan itu berlaku, wanita terbabit ditolak hingga terjatuh dan baju lelaki itu terkoyak akibat ditarik wanita tersebut.

Susulan kejadian itu, kedua-dua mereka dihalang daripada memasuki pesawat dan penerbangan diteruskan kira-kira pukul 11.28 pagi serta selamat sampai di Chengdu pada 12.36 tengah hari.

Hasil siasatan mendapati pasangan suami isteri itu dalam proses penceraian susulan sudah tidak serasi dalam perhubungan mereka.

The post Pasangan Bergaduh Di Landasan Kapal Terbang appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2oXBgwi
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger