Ohio: Seorang lelaki memulangkan semua wang sebanyak $14,000 (RM62,000) yang ditemuinya bagi menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak.
Memetik NY Times, Jake Bowers menemui wang itu pada 8 April di jalanan ketika sedang memandu bersama keluarga ke taman.
Pada mulanya dia terlihat satu beg di tepi jalan dan menyangka laptop seseorang di dalamnya. Bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat beg itu sebenarnya penuh dengan duit kertas $100.
Jake mengambil beg itu dan membawa ke balai polis berdekatan sebelum diserahkan kepada pemilik asal.
Menurut laporan polis, pemilik wang itu membawa wang terbabit ke sebuah kedai menjual kereta namun tidak jadi untuk membeli. Dia memberitahu polis bahawa dia mungkin tertinggal di atas kereta sebelum memandu pergi.
The post Serah Wang RM62,000 Yang Dijumpai Untuk Tunjukkan Contoh Baik Pada Anak-Anak appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2oMVDdz
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment