Gara-gara tidak hadir bagi menghadapi tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Nelydia Senrose.
Harian Metro melaporkan, Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen gagal mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu tahun taksiran bermula 2009 hingga 2013.
“Saman sudah diserahkan kepada tertuduh dengan sempurna pada 11 April lalu mengkehendaki tertuduh hadir sesi sebutan kes pada 12 April di Mahkamah Majistret Shah Alam tetapi tertuduh atau wakil gagal hadir,” kata LHDN menerusi satu kenyataan media.
Nelydia, 23, menghadapi lima pertuduhan kerana gagal untuk mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh dan dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar.
LHDN berkata, Nelydia turut menghadapi satu pertuduhan lagi kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.
“Kegagalan mematuhi kedua-dua notis adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120 (1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan jika bersalah tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara bagi satu tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Majistret P. Sarulatha menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh baharu sebutan kes berkenaan.
The post Nelydia Senrose Dikenakan Waran Tangkap appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2q2bm81
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment