Bayi lelaki dari Iran yang dilahirkan dengan empat kaki tambahan, dibenarkan pulang ke negaranya selepas menjalani pembedahan di India.
Karam, yang berusia tujuh bulan, telah diterbangkan ke India pada bulan Oktober tahun lepas untuk menjalani pembedahan sukar di Hospital Jaypee, di New Delhi.
Ibu bapanya yang sebelum ini bimbang dengan keadaan anak mereka, kini gembira apatah lagi mereka akan balik ke kampung halaman.
Menurut bapanya, Sarwed Ahmed Nadar, 28, harapannya adalah supaya anaknya itu akan membesar dengan sihat dan normal.
“Dia satu-satunya anak kami dan anak sulung selalunya istimewa,’’ katanya.
Sementara itu, Dr. Gaurav Rathore, yang terlibat dalam pembedahan tersebut memberitahu apa yang mereka lakukan itu tidak pernah dilakukan sebelum ini.
“Apabila Karam dibawa ke hospital ini buat kali pertama, dia hanya berusia dua minggu dan keadaannya sangat kritikal.
“Sebelah kaki lebih pendek dan ada sebelah kakinya yang bercabang dua,’’ katanya.
Keadaan itu berlaku disebabkan satu lagi kembarnya tidak terbentuk dengan sempurna.
The post Bayi Lahir Dengan 4 Kaki Tambahan Dibenarkan Pulang appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2pJZ4ER
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment