Home » , » Makan Tiga Sudu Nasi Setiap Hari Untuk Dapatkan Badan Kurus Cantik – Pelakon Korea

Makan Tiga Sudu Nasi Setiap Hari Untuk Dapatkan Badan Kurus Cantik – Pelakon Korea

shamsulazlan | 03:56 | 0 comments

Bayangkan anda hanya makan tiga sudu nasi setiap hari? Fikirkannya sahaja buatkan ramai rasa kecewa!

Baru-baru ini, Pelakon Korea, Lee Tae-im mengaku dia hanya makan hanya tiga sudu nasi setiap hari selama enam bulan untuk mengekalkan berat badan. Dia menceritakan rahsia diet itu dalam episod “Video Star” di MBC.

Pelakon yang sebelum ini terkenal dengan badan menawan dan imej sihat, muncul berbeza dalam program ini, dengan lebih kurus.

Lee berkata ketika dia muncul dalam iklan untuk taman air, dia naik 4 kilogram sejurus selepas penggambaran “Special Investigation Units” pada tahun 2011.

Ketika itu, pelakon Park Han-byul dan Lee Chae-young, muncul dengan badan sempurna, dia rasa malu untuk berdiri di sebelah mereka. Lee berkata dia begitu kecewa hingga menangis. Ini membuat dia melakukan diet yang melampau.

Tetamu yang datang dalam program ini melahirkan kebimbangan kerana diet yang melampau boleh membahayakan kesihatan. Lee berkata lagi, beliau akan meningkatkan jumlah nasi dari tiga sudu ke enam sudu setiap hari.

Netizen turut memberi perhatian pada gambar Instagramnya baru-baru ini, Lee sangat langsing dan ini membuat dia kelihatan seperti sedang sakit.

The post Makan Tiga Sudu Nasi Setiap Hari Untuk Dapatkan Badan Kurus Cantik – Pelakon Korea appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2ppknvh
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger