Apabila melancong ke negara lain, ingatlah bahawa kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang di negara itu. Jika tidak, mungkin anda bakal disekat dari memasuki negara itu lagi.
Seperti yang berlaku pada Irfan Asyraf El-Kuisy ketika bercuti di Australia, 14 April yang lalu, di mana beliau dikenakan saman kerana melakukan beberapa kesalahan lalu lintas.
Semoga menjadi peringatan dan pengajaran kepada kita semua.
Malang menimpa kami semalam. Ketika dalam perjalanan pulang dari Albany ke Perth, kami telah disapa oleh beberapa anggota polis ketika berhenti di petrol pump.
Sedang nak membuka pintu kereta untuk ke tandas, dua orang pegawai itu pun datang dan menerangkan kesalahan kami memandu melebihi had dan penumpang di belakang tidak memakai tali pinggang keselamatan.
Bayangkanlah, hanya kami dan beberapa buah kereta lain yang boleh dikira dengan jari sepanjang 200 kilometer 'separuh perjalanan' itu, takkan nak bawa 50 kilometer sejam? Dan keadaan yang agak berhimpit sikit menyukarkan kami untuk menggunakan tali pinggang keselamatan.
Lagi satu, ingatkan kawasan jauh dari bandar, jadi kami pun tak berapa nak 'strict' sangatlah dengan peraturan tali pinggang keselamatan itu.
Macam-macam alasan diberi, tetapi pegawai itu tetap nak kenakan saman juga. Setelah merayu, maka dapatlah kurangkan jumlah saman dari AUD$550 ke AUD$350. Itu pun dah lebih dari expectation dan kemampuan.
Entahlah, dalam hati fikir tak nak bayar saja. Tetapi pegawai itu ada maklumkan, dalam tempoh 28 hari jika saman tidak dibayar, pada masa akan datang pihak imigresen akan sekat dari masuk ke Australia lagi.
Jadi, mood hari ini agak down sikit. Mereput di homestay sampai ke tengah hari.
Kawan-kawan yang bakal atau mahu berkunjung ke Australia, tolong pastikan anda mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas mereka.
*Difahamkan, surat meminta pesalah lalu lintas membayar saman juga akan dihantar ke alamat rumah di Malaysia sekiranya pelakunya mengelak untuk membayar. Jadi, anda tidak boleh lari begitu sahaja.
*Difahamkan, surat meminta pesalah lalu lintas membayar saman juga akan dihantar ke alamat rumah di Malaysia sekiranya pelakunya mengelak untuk membayar. Jadi, anda tidak boleh lari begitu sahaja.
from The Reporter http://ift.tt/2psY6N1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment