Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.45 petang tadi berhampiran sebuah bank di Kuala Besut, lelaki yang memakai baju berwarna hitam ditangkap oleh suami kepada kekasihnya.
Ketika itu, lelaki terbabit sedang duduk di dalam kereta yang diletakkan di hadapan bank tersebut, bersama dengan kekasihnya.
Lapor Sinar Harian, orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian membantu si suami menarik keluar lelaki terbabit.
Namun, wanita itu meraung dan meminta orang ramai berhenti memukul teman lelakinya biarpun dihalang dari berbuat demikian sehingga menyebabkan pakaiannya terkoyak.
Difahamkan, pasangan itu berkenalan melalui laman Facebook sebelum lelaki itu yang berasal dari Kuala Lumpur membuat keputusan untuk datang ke Kuala Besut bertemu dengan kekasihnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan kejadian itu dan pasangan itu telah dibawa ke Balai Polis Kuala Besut.
Pasangan itu bagaimanapun enggan membuat laporan polis dan siasatan awal mendapati wanita itu mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya.
from The Reporter https://ift.tt/2C2q5bG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment